Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578931
Title: | Pemodenan masyarakat peneroka Felda Semarak, Jengka 15 Pahang |
Authors: | Mohd Zufri Mamat (UM) Mohd Hazim Shah Abd. Murad (UM) |
Keywords: | Pembangunan Pemodenan Melayu Nilai Sikap Modenisasi Konvensional Kemodenan pelbagai |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Perbincangan mengenai pemodenan sering dikaitkan dengan perubahan nilai. Di Barat, modenisasi dikaitkan dengan keterbukaan masyarakatnya menerima perubahan dari aspek pemikiran dan kesediaan meliberalkan nilai tradisional. Wacana pemodenan Melayu juga tidak terlepas daripada menyentuh isu anjakan nilai. Pada satu pihak, terdapat stigma untuk mengekalkan nilai tradisional dalam usaha pembangunan dan pemodenan, dan pada satu pihak yang lain nilai tradisional dianggap perlu bagi jati diri dan identiti budaya, maka wujudlah suatu dilema. Dengan mengambil model pemodenan Melayu luar bandar oleh FELDA sebagai kajian kes, makalah ini akan mengupas isu pemodenan Melayu dengan membentangkan satu perspektif berdasarkan konsep “kemodenan pelbagai” yang mencadangkan modenisasi sebagai sesuatu yang boleh mengambil pelbagai bentuk. Idea ini bertentangan dengan teori modenisasi konvensional oleh Marx, Durkheim atau Weber yang menganggap pemodenan sesuatu masyarakat perlu mengikut perubahan dan perkembangan sepertimana yang telah berlaku di Barat. Penulis berpandangan bahawa pemodenan masyarakat Melayu mengambil bentuk berbeza daripada konteks pemodenan Barat kerana setiap masyarakat tidak berdiri secara vakum malah mempunyai struktur institusi sosialnya yang tersendiri dan perlu dihormati. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 7 |
Pages: | 98-120 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116335+Source01+Source010.PDF | 649.92 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.