Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578928
Title: | Tafsir Nur Al-Ihsan oleh Syeikh Muhammad Sa’id: suatu bacaan intertekstual |
Authors: | Mohd Sholeh Sheh Yusuff (USM) Mohd Nizam Sahad (USM) Siti Hajar Che Man (USM) |
Keywords: | Dialogisme Sejarah Tafsir Nur al-Ihsan Bacaan intertekstual Prinsip intertekstual |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan menggunakan kaedah bacaan intertekstual yang diasaskan oleh Mikhail Bakhtin dan dikembangkan huraian dan penganalisisannya oleh Julia Krestiva. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir al-Tha’labi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jalalyn, manakala prinsip kaedah bacaan intertekstual yang paling kerap teraplikasi ialah kaedah paralel. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 7 |
Pages: | 25-40 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116333+Source01+Source010.PDF | 476.86 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.