Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578925
Title: | Kuda dalam masyarakat di tanah melayu pada era sebelum merdeka |
Authors: | Azharudin Mohamed Dali (UM) |
Keywords: | Kuda Tanah Melayu Zaman Kolonial Haiwan elit |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Makalah ini bertujuan menganalisis perkaitan antara kuda dengan masyarakat di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Perbincangan melihat kepada empat persoalan, iaitu mengenal pasti asal usul kuda dan menentukan sama ada kuda merupakan haiwan yang berasal dari Tanah Melayu. Seterusnya meneliti peranan dan kedudukan kuda dalam masyarakat sebelum kedatangan kuasa Barat, dan menentukan perubahan yang berlaku dalam masyarakat selepas kedatangan kuasa Barat. Dalam usaha menjawab persoalan ini, penulisan ini memberikan perhatian kepada pelbagai aspek budaya dan sejarah yang menonjolkan perkaitan antara kuda dalam masyarakat, seperti permainan Kuda Kepang dan pantun Melayu. Dari sudut sejarah pula, kuda didapati memainkan peranan yang signifikan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Pada zaman kolonial, kepentingan kuda berterusan dan menjadi satu daripada kaedah sistem pengangkutan oleh pegawai kolonial sebelum adanya sistem pengangkutan moden. Ketika itu juga perlumbaan kuda diperkenalkan, dan menjadi sukan yang menarik perhatian masyarakat. Pada awal pengenalannya, sukan ini menjadi tempat pertemuan sosial pegawai British, kalangan bangsawan Melayu dan peniaga Cina. Pada era seterusnya, perlumbaan kuda menjadi sukan yang turut diminati oleh semua golongan. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 7 |
Pages: | 172-191 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116331+Source01+Source010.PDF | 442.9 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.