Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578919
Title: | Sastera dan budaya niaga dalam masyarakat nusantara pada abad transisi tradisional-moden |
Authors: | Noriah Taslim (UKM) |
Keywords: | Nusantara Abad transisi Budaya niaga Masyarakat kosmopolitan Genre transisi |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Makalah ini meneliti perubahan sosiobudaya masyarakat Nusantara akibat pertembungannya dengan aktiviti perdagangan pada abad ke-17 hingga 19 seperti yang dicerminkan dan dicernakan dalam karya sastera. Abad tersebut dapat dianggap sebagai abad transisi-budaya, politik dan ekonomi tempatan, dari tradisional ke moden. Secara teori dan pragmatiknya, teks sastera menjadi dokumen zaman dan sekali gus kayu tara yang terbaik untuk meneliti dan mengukur perubahan sikap, nilai dan persepsi masyarakat dalam pertembungannya dengan budaya niaga yang muncul pada abad transisi tradisional-moden ini. Perubahan tersebut bukan sahaja dapat dilihat daripada perombakan terhadap konvensi genre (bentuk, tema, latar, watak) tetapi juga daripada penampilan isu ekonomi dan sosial yang lahir natijah daripada penglibatan manusia Nusantara dalam budaya wang. Hikayat Nakhoda Muda, teks abad ke-18 dari Lais, Bangkahulu/Benkulin, contohnya memaparkan penglibatan sebuah keluarga Minangkabau dari Semangka/Lampong dalam perdagangan lada di Sumatera; Hikayat Ranto, teks abad ke-18 dari daerah Aceh, pula menukil isu sosial yang timbul daripada penglibatan Aceh dengan budaya wang. Syair Sinyor Kosta – teks abad ke-19 dari Palembang/Riau, memperlihatkan kecenderungan pengarangnya yang menarik dan radikal untuk merombak konvensi genre (roman) dan bentuk genre (syair) untuk mencermin dan menyesuaikannya dengan budaya niaga yang lebih demokratik, liberal dan kosmopolitan. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 7 |
Pages: | 123-136 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116327+Source01+Source010.PDF | 396.49 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.