Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578780
Title: | Kajian saka dari perspektif sains berdasarkan warna aura |
Authors: | Yohan Kurniawan (UMK) Alexander Stark (UMK) |
Keywords: | Saka Alat biomaklum balas Program warna aura badan Kajian saintifik Kaedah eksperimental |
Issue Date: | Jan-2017 |
Description: | Saka merupakan suatu fenomena yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara dan sering dikaitkan dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Saka merujuk hubungan antara manusia dengan jin atau makhluk halus untuk tujuan tertentu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kewujudan saka dari perspektif sains. Kajian yang dijalankan merupakan kajian rintis yang menggunakan kaedah eksperimental dan kajian kes. Kajian ini melibatkan dua orang responden yang memiliki saka dan seorang responden yang tidak memiliki saka untuk tujuan perbandingan. Data kajian diperoleh daripada alat tindak balas badan, iaitu biomaklum balas (biofeedback) yang menggunakan program warna aura badan (WinAura). Hasil kajian mendapati bahawa individu yang memiliki saka menunjukkan warna khas (merah) pada bahagian tertentu badan. Kajian ini telah berjaya menghubungkan antara fenomena aura yang bewarna merah dengan kewujudan jin di dalam diri responden, tetapi masih belum dapat membuktikan kewujudan jin, iaitu “jenis jin” saka secara saintifik. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 10 |
Pages: | 43-65 |
Publisher: | Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85789+Source01+Source010.PDF | 4.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.