Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578760
Title: Pantun kanak-kanak dari perspektif semiotik riffaterre
Authors: Aida Qamariah Ishak (UM)
Salinah Ja’afar (UM)
Ahmad Ramizu Abdullah (UM)
Keywords: Pantun kanak-kanak
Teori semiotik Riffaterre
Konsep pembacaan heuristik dan hermeneutik
Hipogram
Issue Date: Jan-2018
Description: Artikel ini menganalisis 20 kosa kata klasik dan 20 kosa kata moden menggunakan kaedah analisis konsep dan analisis makna berdasarkan 15 rangkap pantun kanak-kanak daripada Koleksi Pantun Kanak-kanak (KPKK) karya Mohamad Nazel Hisham. Teori semiotik Riffaterre dilihat sesuai untuk menganalisis PKK berdasarkan empat aspek pemaknaan, iaitu melihat pantun sebagai ekspresi tidak langsung; mengaplikasikan konsep pembacaan heuristik dan hermeneutik, serta hipogram. Hasil kajian mendapati pantun kanak-kanak mengandungi ekspresi puisi secara tidak langsung, struktur dan bentuk leksikal dan ayat dapat dilihat berdasarkan pembacaan heuristik, manakala mesej dan makna sebenar yang hendak disampaikan dapat dikesan menerusi pembacaan hermeneutik. Pengaplikasian aspek matriks (MAT), model (MOD) dan varian (VAR), serta penerapan unsur hipogram turut menjadikan proses pemaknaan pantun menjadi lebih lengkap. Penerapan keempatempat aspek pemaknaan ini ternyata berjaya memberikan kefahaman kepada kanak-kanak untuk mentafsir makna tersurat dan mengurangkan kesukaran kanakkanak untuk memahami mesej yang hendak disampaikan, sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang betul.
News Source: Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
ISSN: 1675-6460
Volume: 11
Pages: 88-109
Publisher: Jurnal Melayu NSK.indb
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116190+Source01+Source010.PDF508.12 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.