Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578144
Title: Weltanschauung dan manifestasi kepercayaan tradisi etnik di Sarawak
Authors: Awang Azman Awang Pawi (UMS)
Keywords: Kepercayaan etnik
Pandangan dunia
Tradisi
Sarawak
Issue Date: 2013
Description: Weltanschauung dan kepercayaan tradisi etnik di Sarawak, iaitu Melanau, Iban dan Kedayan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka seharian. Pandangan dunia mereka dipengaruhi oleh kepercayaan awal, sebelum kedatangan Islam dan Kristian, iaitu animisme yang mempercayai makhluk halus, semangat dan roh, yang menjadi asas kepercayaan masyarakat tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pandangan dunia dan manifestasi daripada kepercayaan ini yang mencetuskan upacara tertentu bagi memenuhi tuntutan dan keperluan dalam masyarakat etnik tradisi tersebut. Kajian ini menggabungkan pendekatan etnografi dan kajian kepustakaan. Daripada kajian didapati bahawa selepas kedatangan agama Islam dan Kristian, kepercayaan tersebut masih bersemadi dalam kolektif memori masyarakat tersebut. Kolektif memori tersebut menjadi warisan budaya etnik tersebut di Sarawak. Didapati, masih terdapat Melanau Likow atau pagan yang mengamalkannya. Dalam kalangan etnik Iban pula masih diamalkan terutama di luar bandar lebih tertentu untuk pertanian dan perayaan. Makan Tahun etnik Kedayan pula telah mengalami pengislaman sesuai dengan kepercayaan baharu anutan etnik Kedayan. Ternyata, dinamika budaya mempengaruhi pandangan dunia dan mengubah manifestasi kepercayaan tradisi mereka merupakan signifikasi utama hasil penelitian ini.
News Source: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISSN: 1675-6460
Volume: 6
Pages: 139-154
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97342+Source01+Source010.PDF350.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.