Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577984
Title: Pertimbangan aspek modal sosial sebagai pengukuh nilai kemanusiaan dalam aktiviti menderma darah
Authors: Chong Sheau Tsuey (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)
Khadijah Alavi (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)
Keywords: Modal sosial
Menderma darah
Kepercayaan
Motivasi
Jaringan sosial
Issue Date: 11-Dec- 17
Description: Pendermaan darah merupakan contoh tindakan berkaitan kesukarelawan, di mana ia berupaya menyelamatkan nyawa penerima darah menerusi proses transfuse darah. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita meneroka aspek-aspek motivasi yang mendorong individu terus menderma darah. Kajian kualitatif inimenggunakan pendekatan temu bual bagi meneroka potensi modal sosial dalam jaringan sosial terhadap tindakan menderma darah. Data dikumpul melalui temu bual bersama 20 orang penderma darah di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur yang mana data diperoleh melalui persampelan mudah. Penderma darah yang datang ke PDN telah dijemput untuk menyertai kajian ini. Dapatan temu bual telah dianalisis secara bertema. Dapatan temu bual mendapati bahawa aspek modal sosial mempunyai peranan terhadap tindakan menderma darah. Informan kajian melaporkan bahawa modal sosial mengukuhkan nilai-nilai kemanusian dalam diri mereka yang seterusnya membawa kepada tindakan menderma darah secara konsisten. Kajian ini memberikan implikasi bahawa modal sosial mempunyai potensi untuk mengukuhkan nilai-nilai kemanusiaan dalam konteks pendermaan darah. Kempen pendermaan darah boleh menggunakan elemen modal sosial iaitu kepercayaan dan timbal balik dalam jaringan sosial untuk menarik lebih ramai penderma darah. Kajian akan datang disarankan agar meneroka dengan lebih mendalam tentang kaedah yang lebih sesuai untuk mengukuhkan modal social dalam jaringan sosial bagi mendorong lebih ramai individu menjadi penderma darah.
News Source: Kajian Malaysia - Journal of Malaysian Studies
ISSN: 0127-4082
Volume: 38
Pages: 161-186
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129557+Source01+Source010.PDF347.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.