Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577955
Title: | Aplikasi model humor Shaiful Bahri: suatu pembaharuan dalam wayang kulit Kelantan |
Authors: | Mohd. Zaki Ab. Rahim (Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan) |
Keywords: | Humor Wayang kulit Kelantan Kritikan Kejanggalan Keanehan Kejutan |
Issue Date: | Jan-2017 |
Description: | Makalah ini membincangkan unsur humor dalam wayang kulit dengan tumpuan khusus pada persembahan wayang kulit Dalang Saupi. Sebagai seni persembahan yang kian terpinggir, peranannya sebagai entiti hiburan tidak lagi dianggap relevan kerana unsur humornya yang rigid dan gayanya yang sudah ketinggalan zaman. Sehubungan dengan itu, Dalang Saupi telah melakukan pelbagai pengubahsuaian. Dari segi naratifnya, aspek humor oleh watak inang pengasuh dikembangkan dan diberikan keutamaan, selain watak Pak Dogol, Said, Wak Long, Samat dan Wok Yoh, supaya lebih kontemporari dan berciri semasa. Kajian yang berorientasikan kerja lapangan ini dilakukan di Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Pasir Putih, Kelantan dengan meneliti empat buah cerita sebagai rujukan. Makalah ini menghuraikan cara Dalang Saupi memanipulasi dan mengaplikasi unsur humor dalam persembahannya menggunakan model humor Shaiful Bahri (2000) menerusi unsur kritikan, kejanggalan, keanehan dan kejutan sehingga berjaya membangkitkan minat khalayak dan menyegarkan kembali seni wayang kulit Kelantan sebagai wadah hiburan. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 10 |
Pages: | 107-133 |
Publisher: | DBP |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116628+Source01+Source010.PDF | 519.17 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.