Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577744
Title: Cadangan prosedur kendalian standard bagi kes melibatkan sihir di Mahkamah Syariah
Authors: Mahyuddin Ismail
Keywords: Ilmu Sihir
Perkahwinan dan perceraian
Prosedur Kendalian Standard
Issue Date: Dec-2012
Description: Wujud dakwaan oleh banyak pihak dalam kes di Mahkamah Syariah tentang penggunaan ilmu sihir dalam perkahwinan atau perceraian. Ketiadaan peruntukan undang-undang dan prosedur untuk menanganinya menyebabkan dakwaan sedemikian sering kali tidak dipertimbangkan. Makalah ini mencadangkan Prosedur Kendalian Standard bagi menangani isu tersebut. Prosedur ini diperlukan bagi membantu semua pihak untuk berlaku adil dan membela pasangan yang menjadi mangsa sekiranya dakwaan tersebut benar. Kajian ini dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual dengan hakim yang berhadapan dengan kes sedemikian dan pihak yang mendakwa disihir. Melalui Prosedur Kendalian Standard ini, kebenaran dakwaan tersebut dapat dinilai dengan tiga langkah mudah. Pertama, pihak yang mendakwa terkena sihir perlu membuktikan bahawa beliau mengalami simptom akibat disihir. Kedua, mahkamah perlu meminta pendapat pakar bagi mengesahkan bahawa simptom yang dialami itu berpunca daripada perbuatan sihir. Ketiga,mahkamah perlu mengeluarkan perintah agar mangsa menjalani rawatan pemulihan jika simptom tersebut disahkan berpunca daripada perbuatan sihir.Setelah mangsa pulih sepenuhnya, maka kes tersebut bolehlah dibicarakan semula. Dengan cara ini, perbicaraan akan dapat dijalankan dengan lebih adil dan saksama.
News Source: Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia
ISSN: 0128-2670
Volume: 24
Pages: 262-274
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75404+Source01+Source010.PDF334.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.