Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577742
Title: | Penggunaan azimat pelaris perniagaan menurut perspektif akidah Islam |
Authors: | Mohd Nizam Sahad (USM) |
Keywords: | Azimat pelaris Akidah Islam Wafak Tangkal |
Issue Date: | 2015 |
Description: | Fenomena penggunaan pelaris dalam kalangan peniaga Melayu dilihat amat meluas. Pelaris yang menjadi tumpuan perbahasan dalam makalah ini ialah pelaris yang mengandungi ciri mistikal yang melibatkan alam ghaib dan ilmu kearifan tempatan yang hanya diketahui oleh segelintir pengamalnya. Sebagai contoh, penggunaan azimat, tangkal, “ibu duit” dan wafak serta gambar orang soleh yang dianggap mempunyai kuasa melariskan perniagaan mereka. Makalah ini bertujuan mengkaji fenomena penggunaan pelaris tersebut dalam kalangan peniaga Melayu dengan menjadikan akidah Islam sebagai kayu ukur bagi menganalisis sama ada penggunaan pelaris tersebut bercanggah atau tidak dengan ajaran Islam. Kajian kepustakaan dilakukan bagi memperoleh data mengenai perspektif akidah Islam terhadap pelaris, manakala kajian lapangan yang melibatkan temu bual dan pemerhatian dilakukan terhadap informan kajian di premis perniagaan di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat segelintir peniaga Melayu yang masih menggunakan pelaris daripada jenis wafak, azimat dan gambar orang soleh. Mereka mempercayai pelaris ini dapat melariskan perniagaan yang diusahakan mereka. Kajian juga mendapati bahawa kepercayaan terhadap pelaris semata-mata tanpa menghubungkan bahawa hakikat yang memberi rezeki ialah Allah dapat menjejaskan akidah Islam dan membawa kepada dosa mensyirikkan Allah. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 8 |
Pages: | 18-44 |
Publisher: | Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73740+Source01+Source010.PDF | 551.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.