Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577741
Title: | Undang-undang kawalan penjualan arak oleh pihak berkuasa tempatan: kajian khusus di Negeri Selangor Darul Ehsan |
Authors: | Jasri Jamal (UKM) Noryati Anuar |
Keywords: | Undang-Undang Jenayah Islam Kawalan penjualan arak Pihak Berkuasa Tempatan |
Issue Date: | Dec-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan menganalisis sejauh manakah keberkesanan kuasa dan peranan pihak berkuasa tempatan dalam membataskan penjualan arak membabitkan orang Islam di Selangor dan cabaran serta halangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam melaksanakan kawalan penjualan arak. Untuk tujuan ini, data dan maklumat berdasarkan maklum balas daripada 12 pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor melibatkan jabatan yang mengeluarkan lesen dan melaksanakan penguatkuasaan pembatasan penjualan arak kepada orang Islam telah dikumpul. Hasil kajian mendapati semua pihak berkuasa tempatan di Selangor mengawal penjualan arak kepada orang Islam dengan mengenakan syarat tambahan semasa meluluskan lesen premis menjual arak dan juga melalui sistem kawal selia sendiri yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.Pada masa yang sama, pihak berkuasa tempatan turut menghadapi pelbagai kekangan semasa melaksanakan undang-undang kawalan penjualan arak khususnya dari aspek konflik perundangan dan halangan penguatkuasaan. Oleh yang demikian, beberapa syor serta cadangan penambahbaikan dilihat amat perlu bagi merealisasikan undang-undang yang berkesan dalam mengehadkan penjualan arak membabitkan orang Islam di Selangor. |
News Source: | Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia |
ISSN: | 0128-2670 |
Volume: | 24 |
Pages: | 213-239 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75393+Source01+Source010.PDF | 637.45 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.