Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577732
Title: | Bahasa dan identiti Penan Muslim di kampung Tanjong Belipat, Niah: satu tinjauan awal |
Authors: | Chong Shin (Universiti Kebangsaan Malaysia) |
Keywords: | Penan Penan Muslim Islam bahasa identity masuk Melayu |
Issue Date: | 3-Jan-2020 |
Description: | Artikel ini membincangkan etnik Penan Muslim yang tersebar di lembah Niah dan lembah Sungai Suai, bahagian Utara Sarawak. Mereka berasal daripada kaum Penan nomadik yang suatu ketika dulu tinggal di pedalaman Sarawak dan Kalimantan. Kira-kira pada awal abad ke-19, sekelompok kecil suku Penan telah berpindah ke kawasan persisir pantai dan memeluk agama Islam. Suku Penan Muslim yang tinggal di Kampung Tanjong Belipat adalah antara suku dalam kelompok ini. Setelah memeluk agama Islam, mereka bukan sahaja meninggalkan kebudayaan tradisi, tetapi juga bahasa ibunda mereka—bahasa Penan. Dari segi linguistik, bahasa Penan tergolong dalam subkelompok kepada cabang bahasa Kayan-Kenyah. Namun begitu, setelah beragama Islam, mereka memilih bahasa Bintulu, iaitu subkelompok lain dalam cabang bahasa Sarawak Utara. Kedua-dua bahasa ini adalah saling tidak memahami tanpa dipelajari. Faktor bertukar kepada bahasa yang berlainan cabang ini didorong oleh faktor keagamaan. Dalam erti kata lain, mereka inginkan “bahasa Muslim” yang melambangkan identiti agama Islam. Oleh sebab suku Bintulu merupakan satu-satunya suku yang beragama Islam di lembah sungai Niah, maka bahasa ini dipilih sebagai bahasa baharu setelah memperoleh identiti etnisiti baharu. Setelah memeluk agama Islam, Penan Muslim tampil dengan dua identiti yang kompleks dan subjektif. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti ini tidak membawa identiti “Melayu” seperti kes kaum Melanau di Sarawak dan Dayak Muslim di Kalimantan Barat. Identiti “Melayu” hanya digunakan mengikut konteks dan dalam domain tertentu yang berkaitan dengan aspek ekonomi. Juga diperhatikan bahawa walaupun mereka taat pada identiti Penan, namun fenomena “masuk Melayu” semakin rancak berlaku hasil daripada perkahwinan campur antara Penan Muslim dengan suku Melayu. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 13 |
Pages: | 63-82 |
Call Number: | Siri AP95.M24M4 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124782+Source01+Source010.PDF | 2.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.