Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577724
Title: Isu pembangunan wakaf menggunakan struktur amanah pelaburan hartanah Islam di Malaysia: satu tinjauan
Authors: Syahnaz Sulaiman
Keywords: Wakaf
Aset wakaf
Amanah Pelabura Hartanah Islam (I-REIT)
Issue Date: Dec-2012
Description: Makalah ini bertujuan membincangkan salah satu mekanisme untuk memajukan aset wakaf berteraskan struktur instrumen kewangan kontemporari,iaitu amanah pelaburan hartanah Islam (I-REIT). Sorotan kajian lepasmendapati bahawa struktur I-REIT berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu mekanisme pembangunan aset wakaf di Malaysia. Pendekatan tersebut, walau bagaimanapun, berdepan dengan pelbagai isu dan masalah.Oleh itu, kajian ini merupakan satu tinjauan awal bertujuan mengetengahkan isu berkaitan pembangunan harta wakaf berteraskan struktur I-REIT dalam konteks aplikasi semasa di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Tatacara pengumpulan data diperoleh menerusi kaedah analisis dokumen dan temu bual di samping turut menyentuh secara umum berhubung dengan teori yang relevan bagi menentukan kedudukan struktur I-REIT sebagai mekanisme dalam memajukan aset wakaf menurut perspektif hukum syarak. Hasil kajian yang bakal dikemukakan diharap berupaya memberikan implikasi yang positif bagi mengatasi masalah kekurangan dana yang dihadapi oleh pengurus wakaf, di samping mempromosi sistem tadbir urus yang lebih efisien dan sistematik bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Islam untuk berwakaf.
News Source: Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia
ISSN: 0128-2670
Volume: 24
Pages: 149-177
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75390+Source01+Source010.PDF717.65 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.