Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577679
Title: Al-Mafqud Dan Tragedi Mh370: Satu Sorotan Terhadap Implikasi Tragedi Dari Sudut Perlindungan Takaful
Authors: Mohamed Hadi Abd. Hamid
Keywords: Al-mafqud
Orang hilang
Anggapan kematian
MH370
Majlis Fatwa Kebangsaan
Issue Date: Jan-2016
Description: Tragedi kehilangan pesawat MH370 milik Sistem Penerbangan Malaysia yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 menjadi isu global yang menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.Kehilangan yang masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini membuka lembaran baharu dalam menilai status al-mafqud di sisi undang-undang syariah. Kehilangan para penumpang dan anak kapal meletakkan institusi kewangan Islam, khususnya para pengendali takaful dalam keadaan yang sukar kerana urusan pembayaran manfaat takaful kepada waris al-mafqudberdepan dengan masalah tidak ada bukti kukuh untuk mensabitkan kematian para penumpang dan anak kapal MH370. Para pengendali takaful perlu mendapatkan pandangan Jawatankuasa Syariah masing-masing untuk menentukan sama ada tuntutan manfaat takaful masih perlu dibayar dan jika perlu dibayar, dana manakah yang patut membayarnya, sama ada dana para pemegang saham pengendali takaful atau dana risiko peserta (dana tabaruk). Makalah ini menyorot secara ringkas aplikasi fiqh al-mafqud dalam tragedi MH370 dan implikasinya terhadap industri takaful.
News Source: Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia
ISSN: 0128-2670
Volume: 28
Pages: 1-15
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83322+Source01+Source010.PDF397.46 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.