Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577617
Title: Kesantunan bahasa dalam kalangan remaja Sekolah Menengah
Authors: Zaitul Azma Zainon Hamzah (UPM)
Ahmad Fuad Mat Hassan (UPM)
Mohd Nur Hafizudin Md Adama (UPM)
Keywords: Kesantunan bahasa
Remaja
Maksim Leech
Pragmatik
Sekolah
Kelas
Issue Date: 2011
Description: Kesantunan bahasa merujuk penggunaan bahasa yang halus, beradab sopan, lemah lembut serta tidak menyinggung perasaan pendengar. Namun, kebelakangan ini remaja sekolah didapati lebih menggunakan strategi ketidaksantunan dalam perbualan mereka. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata dan ujaran santun oleh remaja sekolah menggunakan pendekatan pragmatik. Seramai 154 orang remaja sekolah menengah yang dipilih daripada enam buah sekolah dijadikan sampel kajian. Data diperoleh menggunakan teknik temu bual dan dianalisis menggunakan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan remaja sekolah paling kerap menggunakan maksim santun dan maksim kerendahan hati dalam perbualan mereka. Perkataan yang paling kerap digunakan untuk menunjukkan nilai santun ialah kata “boleh” “ingin”, “nak” dan “mahu”. Remaja juga turut mengujarkan kata “maaf” atau dalam bahasa Inggeris “sorry” sebagai strategi untuk berlaku santun kepada pendengar. Penggunaan kata “hai” dan ujaran yang terlalu berterus terang didapati telah melanggar Prinsip Kesopanan Leech.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 11
Pages: 321-338
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577617
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_78135+Source01+Source010.PDF354.19 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.