Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577615
Title: Rumus Kln + X + Setia + Kln + Y ->Z dalam memahami penggunaan leksis setia berdasarkan perspektif linguistik kognitif
Authors: Hishamudin Isam (UUM)
Norsimah Mat Awal (UKM)
Keywords: Rumus mengikut acuan pengguna
Setia
Objek konkrit
Konsep abstrak
Kolokasi nahuan
Issue Date: 2011
Description: Kajian ini cuba mencipta rumus yang dapat digunakan untuk memahami penggunaan leksis setia (leksis daripada kelas semantik nilai yang mengalami masalah kerencaman makna) dalam ayat sebenar yang dituturkan oleh pengguna bahasa. Berdasarkan selisikan terhadap data korpus akhbar, buku, dan majalah, kajian mendapati bahawa pemberi (X) dan penerima sifat setia (Y) tidak semestinya melibatkan manusia, sebaliknya boleh berupa objek konkrit dan konsep abstrak yang diberikan unsur personifikasi. Antara X dengan Y pula, wujud penggunaan kolokasi nahuan (kln – daripada dan kepada). Keadaan ini membolehkan penciptaan rumus kln + X + setia + kln + Y -> Z. Walau bagaimanapun, adakalanya rumus ini tidak berpadanan dengan hakikat bahasa sebenar, kerana kekreatifan manusia memanipulasi penggunaan kosa kata biasanya melebihi daripada hakikat rumus yang dicipta. Namun, yang penting ialah percubaan untuk menghasilkan “rumus mengikut acuan pengguna” dari perspektif linguistik kognitif dapat dibahaskan dengan lebih saintifik dan ilmiah.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 11
Pages: 273-296
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_78128+Source01+Source010.PDF367.5 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.