Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577609
Title: Kata Pemeri: satu takrifan nahuan dalam kerangka ayat bahasa Melayu
Authors: Sato Hirobumi @ Rahmat
Keywords: Feksi
Kata kerja kopula
Kata kerja leksikal
Kata pembenaran
Kata pemeri
Keserasian nahuan
Partikel pemeri
Penanda ayat tanya
Issue Date: 2011
Description: Istilah kata kerja kopula (KKj kopula) yang dipinjam daripada tatabahasa bahasa Latin melalui bahasa Belanda dan bahasa Inggeris telah diaplikasikan oleh sesetengah pengkaji sebagai fungsi kata adalah dan ialah dalam bahasa Melayu. Ada antara mereka yang berusaha mencari KKj kopula dalam bahasa Melayu, sama ada dalam bentuk mandiri ataupun tersembunyi dalam kata yang bukan kata kerja. Kesemua kajian tersebut melihat ayat bahasa Melayu dalam kerangka [FN subjek + KKj predikat]. Sesetengah pengkaji yang lain menganggap kata adalah dan ialah sebagai “kata pemeri” atau “partikel pemeri” sahaja yang berfungsi untuk memerikan hubungan antara subjek dengan predikat. Tujuan penulisan makalah ini adalah untuk meneliti apakah sebenarnya sifat kedua-dua kata berkenaan. Fungsi “pembenar” dalam kata adalah dan fungsi “penghubung adverbaan” dalam kata ialah diperhatikan dalam ayat penyata pembenaran. Fungsi KKj kopula dalam bahasa Eropah juga dibandingkan dengan kedua-dua kata berkenaan, dan akhir sekali kegunaan kata adalah dan ialah dinilai dalam kerangka ayat bahasa Melayu. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa kedua-dua kata tersebut tidak berfungsi sebagai KKj kopula tetapi menanggung fungsi “pemastian” atau “pemerincian” predikasi sahaja, iaitu fungsi “pemerian” secara menyeluruh.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 11
Pages: 163-195
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577609
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_78124+Source01+Source010.PDF422.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.