Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577609
Title: | Kata Pemeri: satu takrifan nahuan dalam kerangka ayat bahasa Melayu |
Authors: | Sato Hirobumi @ Rahmat |
Keywords: | Feksi Kata kerja kopula Kata kerja leksikal Kata pembenaran Kata pemeri Keserasian nahuan Partikel pemeri Penanda ayat tanya |
Issue Date: | 2011 |
Description: | Istilah kata kerja kopula (KKj kopula) yang dipinjam daripada tatabahasa bahasa Latin melalui bahasa Belanda dan bahasa Inggeris telah diaplikasikan oleh sesetengah pengkaji sebagai fungsi kata adalah dan ialah dalam bahasa Melayu. Ada antara mereka yang berusaha mencari KKj kopula dalam bahasa Melayu, sama ada dalam bentuk mandiri ataupun tersembunyi dalam kata yang bukan kata kerja. Kesemua kajian tersebut melihat ayat bahasa Melayu dalam kerangka [FN subjek + KKj predikat]. Sesetengah pengkaji yang lain menganggap kata adalah dan ialah sebagai “kata pemeri” atau “partikel pemeri” sahaja yang berfungsi untuk memerikan hubungan antara subjek dengan predikat. Tujuan penulisan makalah ini adalah untuk meneliti apakah sebenarnya sifat kedua-dua kata berkenaan. Fungsi “pembenar” dalam kata adalah dan fungsi “penghubung adverbaan” dalam kata ialah diperhatikan dalam ayat penyata pembenaran. Fungsi KKj kopula dalam bahasa Eropah juga dibandingkan dengan kedua-dua kata berkenaan, dan akhir sekali kegunaan kata adalah dan ialah dinilai dalam kerangka ayat bahasa Melayu. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa kedua-dua kata tersebut tidak berfungsi sebagai KKj kopula tetapi menanggung fungsi “pemastian” atau “pemerincian” predikasi sahaja, iaitu fungsi “pemerian” secara menyeluruh. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 11 |
Pages: | 163-195 |
Call Number: | Siri P81.J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577609 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_78124+Source01+Source010.PDF | 422.45 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.