Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577560
Title: | Hipotesis bunyi palatalisasi Nj] dan bunyi belakang-gusi [N?] dalam Bahasa Melayu:penjelasan fonetik akustik berkomputer |
Authors: | Sato Hirobumi @ Rahmat |
Keywords: | Bunyi gusi Bunyi belakang-gusi Bunyi gusi-lelangit Bunyi lelangit-keras Palatalisasi Artikulasi gandaan |
Issue Date: | Dec-2015 |
Description: | Nilai bunyi grafem n dan ny dalam bahasa Melayu dipersoalkan sejak abad ke-19 hingga sekarang. Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa grafem n dalam lingkungan –nc- dan –nj- seperti dalam kata ancam dan panjang membawa nilai fonetik yang sama dengan grafem ny [?] (IPA moden) seperti dalam kata nyawa dan banyak. Penulis telah menganalisis data rakaman daripada 20 orang subjek eksperimen berdasarkan kaedah fonetik akustik berkomputer dan mendapati bahawa nilai bunyi grafem n yang muncul dalam lingkungan –nc- dan –nj- itu berbeza daripada nilai bunyi grafem ny melalui semua data yang dianalisis. Hal ini disokong oleh kaedah fonetik artikulasi yang dijawab oleh kesemua subjek. Akan tetapi, timbul satu lagi persoalan yang baharu. Nilai bunyi nasal lelangit-keras atau palatal ny [?] yang diberi secara tradisional diragui kerana kesemua subjek menafikan kedudukan organ sebutan semasa artikulasi bunyi ini, ertinya tengah lidah tidak menyentuh pada lelangit-keras. Sebaliknya mereka memberikan respons bahawa grafem ny diartikulasikan dengan menyentuhkan daun lidah pada belakang-gusi atau depan lidah pada gusi-lelangit. Analisis akustik berkomputer membuktikan bahawa grafem ny menghasilkan kesan rentetan dua bunyi seperti [?n] apabila data rakaman didekodkan secara terbalik. Berdasarkan eksperimen ini, penulis mengemukakan satu hipotesis bahawa grafem ny yang diikuti oleh vokal dilahirkan hasil daripada artikulasi gandaan, iaitu bunyi palatalisasi [nj]. Namun, palataliasi ini tidak berlaku dalam grafem n yang muncul dalam lingkungan –nc- dan –nj- dalam bahasa Melayu. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 15 |
Pages: | 267-290 |
Call Number: | Siri P81.J6 2015 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577560 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77929+Source01+Source010.PDF | 915.67 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.