Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577425
Title: | Bohong sunat dalam lakuan respons pujian |
Authors: | Wan Robiah Hj. Meor Osman (UMS) |
Keywords: | Bohong sunat (bohong sosial) Lakuan respons pujian Pragmatik |
Issue Date: | Dec-2015 |
Description: | Dalam fenomena berbahasa masyarakat terdapat situasi bohong sosial atau “bohong sunat” yang merupakan salah satu daripada penanda kerendahan diri dalam berkomunikasi. Fenomena ini menjadi kelaziman dalam interaksi masyarakat timur khususnya di Malaysia dengan menyelitkan unsur-unsur bohong sosial agar komunikasi dapat berlangsung dengan baik dan dapat menjaga perasaan pendengar. Kajian ini memanfaatkan 720 respons daripada 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pelbagai kaum yang telah memberikan maklum balas terhadap 12 pujian yang direka bentuk berdasarkan tiga klasifikasi oleh Manes dan Wolfson. Data diperoleh telah dianalisis menggunakan taksonomi respons terhadap pujian oleh Herbert. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan respons pujian antara kaum yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman bohong sosial dalam masyarakat memberikan variasi yang berbeza-beza berlandaskan latar belakang berbahasa kaum masing-masing. Oleh hal yang demikian, pemerian dapatan ini secara tidak langsung dapat menyerlahkan keunikan respons komunikatif individu bagi melancarkan dan menjayakan komunikasi dalam sesebuah masyarakat. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 15 |
Pages: | 291-306 |
Call Number: | Siri P81.J6 2015 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577425 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77791+Source01+Source010.PDF | 440.01 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.