Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577424
Title: | Aspek metafora dalam Rentong dan Srengenge: analisis kaedah penterjemahan dan pemindahan makna |
Authors: | Abdul Rahman Mandali (USM) Hasuria Che Omar (USM) |
Keywords: | Metafora Penterjemahan berasaskan makna Kehilangan makna dalam terjemahan Ketidakbolehterjemahan |
Issue Date: | Dec-2015 |
Description: | Makalah ini membincangkan aspek pemindahan makna dalam penterjemahan metafora yang terdapat dalam dua teks kesusasteraan Melayu; iaitu Rentong dan Srengenge oleh Shahnon Ahmad, dan terjemahannya Rope of Ash dan Srengenge oleh Harry Aveling. Metafora, yang merupakan cara manusia membuat perbandingan mengenai dua domain yang tidak kongruen jika diteliti secara permukaan, berkait rapat dengan nilai, sistem konseptual, persekitaran dan pandangan dunia sesuatu budaya. Perbezaan aspek dalam budaya yang berbeza boleh menimbulkan masalah dalam penterjemahan. Dengan menggunakan kerangka teori metafora konseptual oleh Lakoff dan Johnson (1980), pendekatan penterjemahan berdasarkan makna oleh Larson (1984), kehilangan makna dalam penterjemahan oleh Newmark (1981) dan konsep ketidakbolehterjemahan oleh Catford (1969), makalah ini menganalisis struktur metafora hidup dan metafora mati, strategi penterjemahan yang digunakan untuk menterjemah kedua-dua bentuk metafora serta kesannya terhadap terjemahan yang dihasilkan dari segi makna. Pemerhatian menunjukkan bahawa, a) kebanyakan elemen metafora bahasa sumber telah diterjemahkan kepada pengertian tanpa dikekalkan struktur metaforanya; b) metafora bahasa sumber dikekalkan dalam metafora bahasa sasaran, dan pengekalan ini pada kebanyakan masanya dilihat sebagai kaedah terjemahan yang ideal. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 15 |
Pages: | 237-266 |
Call Number: | Siri P81.J6 2015 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577424 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77789+Source01+Source010.PDF | 475.33 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.