Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577414
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorHazlina Abdul Halim (UPM)
dc.contributor.authorRoslina Mamat (UPM)
dc.contributor.authorNormaliza Abd Rahim (UPM)
dc.date.accessioned2023-11-06T02:44:29Z-
dc.date.available2023-11-06T02:44:29Z-
dc.date.issued2015-06
dc.identifier.issn1511-9084
dc.identifier.otherukmvital:77780
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577414-
dc.descriptionKajian ini bertujuan mengenal pasti dan mengelaskan jenis strategi komunikasi tulisan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar Perancis. Kajian ini berdasarkan taksonomi strategi komunikasi oleh Dörnyei dan Scott yang tertumpu pada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada pelajar tahun tiga sarjana muda bahasa Melayu di Institut Nationale des Langues et Civilisations Orientales (INALCO), Paris, Perancis. Sejumlah 10 orang pelajar Perancis yang mempelajari mata pelajaran bahasa Melayu tahap lanjutan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah empat aktiviti penulisan dan senarai semak strategi. Dapatan keseluruhan berdasarkan penulisan pelajar menunjukkan antara strategi komunikasi yang paling kerap digunakan ialah strategi penghampiran (28.1 peratus), strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan (15.8 peratus), strategi penghuraian (12.9 peratus) dan strategi ciptaan perkataan baru (11.7 peratus). Kajian ini memberikan implikasi kepada pelajar dan pengajar bahasa Melayu untuk menangani strategi yang digunakan oleh pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa para pengajar harus menimbangkan pengajaran strategi komunikasi secara efektif untuk memaksimumkan keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu.
dc.language.isomay
dc.publisherDewan Bahasa dan Pustaka
dc.relation.haspartJurnal Bahasa
dc.relation.urihttp://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/05/2-Perancis.pdf
dc.subjectPembelajaran bahasa Melayu
dc.subjectPelajar Perancis
dc.subjectStrategi komunikasi
dc.subjectAktiviti penulisan
dc.subjectKuantitatif dan kualitatif
dc.titleStrategi komunikasi penulisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis
dc.typeJournal Article
dc.format.volume15
dc.format.pages20-40
dc.identifier.callnoSiri P81.J6 2015
dc.format.issue1
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77780+Source01+Source010.PDF539.01 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.