Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577407
Title: Proses nasalisasi vokal dan ciri akustik vokal nasalan
Authors: Sato Hirobumi @ Rahmat
Sriwaja Ladis
Keywords: Asimilasi nasal
Bunyi peralihan
Komponen frekuensi
Konsonan nasalan
Nasalisasi
Vokal nasalan
Issue Date: Jun-2013
Description: Sesetengah pengkaji tempatan telah merumuskan proses nasalisasi vokal bahasa Melayu secara teoretis, seperti (i) Nasalisasi secara progresif: V ? ?/[+nasal] ____, dan (ii) Nasalisasi secara regresif: V ? ?/____ [+nasal]. Makalah ini bertujuan untuk meneliti semula rumus ini dan memastikan ciri akustik vokal nasalan bahasa Melayu secara objektif, berdasarkan salah satu kaedah fonetik eksperimental, iaitu analisis akustik berkomputer. Eksperimen ini memfokuskan kata yang mengandungi kombinasi fonem -VKV atau -VKKV seperti /-i?i/ atau /-i??i/ yang mengikuti konsonan oral sahaja. Daripada hasil analisis terhadap sejumlah data eksperimen terbukti bahawa vokal nasalan memperlihatkan satu ciri kenasalan pada gambar spektrogram secara visual, iaitu komponen frekuensi tinggi bertaburan di atas jalur forman yang berfrekuensi sekitar 7,000Hz ke atas. Kombinasi fonem /i?i/ dalam kata mengelilingi /m???lili?i/, misalnya, menunjukkan nasalisasi dalam bentuk fonetik [ii?g?i??g?i?]. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa nasalisasi vokal berlaku apabila vokal oral didahului atau diikuti oleh konsonan nasal dalam serentetan ujaran. Namun, proses nasalisasi vokal pada kedudukan itu, pada hakikatnya, tidaklah semudah apa yang tergambar dalam rumus yang tersebut. Penulis mengemukakan hasil ini dalam bentuk lakaran tetapi tidak disimpulkan dalam rumus baru.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 13
Pages: 104-127
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577407
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77769+Source01+Source010.PDF655.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.