Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577399
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Shamsudin Othman (UPM) | |
dc.contributor.author | Abdul Rasid Jamian (UPM) | |
dc.date.accessioned | 2023-11-06T02:44:26Z | - |
dc.date.available | 2023-11-06T02:44:26Z | - |
dc.date.issued | 2013-12 | |
dc.identifier.issn | 1511-9084 | |
dc.identifier.other | ukmvital:77762 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577399 | - |
dc.description | Makalah ini akan membahaskan kemahiran membaca yang akan dikaitkan dengan elemen seni bahasa dan mula dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula tahun 2011. KSSR memberi tumpuan pada empat kemahiran, iaitu membaca,menulis, mengira dan menaakul dalam usaha memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing,kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharu telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa, sementara “didik hibur” menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni bahasa ini merujuk keupayaan murid untuk memahami,mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Maka kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik serta temu bual bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Responden terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Ramalan hasil kajian ini ialah guru mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa serta dapat merangsang kemahiran membaca murid. Perkara yang turut diberi perhatian juga adalah penggunaan teks berunsurkan sastera turut dapat membina keyakinan dan keupayaan penghayatan yang lebih baik. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | Dewan Bahasa dan Pustaka | |
dc.relation.haspart | Jurnal Bahasa | |
dc.relation.uri | http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Didik-hibur.pdf | |
dc.subject | Elemen sastera | |
dc.subject | Seni bahasa | |
dc.subject | Kemahiran membaca | |
dc.subject | Didik hibur | |
dc.subject | Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) | |
dc.title | Pelaksanaan elemen sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah | |
dc.type | Journal Article | |
dc.format.volume | 13 | |
dc.format.pages | 292-312 | |
dc.identifier.callno | Siri P81.J6 | |
dc.format.issue | 2 | |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77762+Source01+Source010.PDF | 367.37 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.