Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577395
Title: | Penanda wacana dalam teks Melayu lama berunsur sejarah |
Authors: | Mohammad Fadzeli Jaafar (UKM) |
Keywords: | Penanda wacana Odel kohesi Leksikal Gramatikal |
Issue Date: | Dec-2013 |
Description: | Makalah ini bertujuan untuk mencungkil pelbagai bentuk dan fungsi penanda wacana dalam teks Melayu, yang ditulis pada awal abad ke-20. Teks kajian ini, Hikayat Johor serta Pahang telah dikarang oleh Mejar Dato Haji Mohd. Said Sulaiman. Kajian ini mengaplikasi model kohesi yang pernah dicadangkan oleh Halliday dan Hasan (1995). Menurut Halliday dan Hasan, kohesi terdiri daripada dua kategori utama: gramatikal (rujukan, elipsis, penggantian, (penghubung) dan leksikal. Dalam model ini, penghubung (penanda wacana) termasuk dalam kategori gramatikal. Hasil kajian mendapati penanda wacana dalam teks kajian ini berfungsi sebagai pemula peristiwa dan penyambung peristiwa. Pemula peristiwa ditandai oleh dua unsur penghubung, iaitu sebermula dan al-kisah. Penyambung peristiwa pula ditandai oleh tiga jenis penghubung, iaitu penambahan, sebab dan waktu. Penghubung waktu yang terbanyak ditemui dalam teks kajian ialah maka,maka apakala dan apakala. Penghubung penambahan menjadi yang kedua tertinggi dalam teks dan dan bahawa. Penghubung sebab, yang paling sedikit digunakan, iaitu oleh itu, dalam hal itu , dalam antara itu. Kajian ini juga mendapati bahawa pola penggunaan penanda wacana dalam teks kajian ini menyamai teks Melayu lama yang lain, yang dihasilkan pada abad ke-18 dan 20. Kajian ini telah mengenal pasti kewujudan gaya bahasa Melayu moden dalam teks kajian, melalui penggunaan penanda wacana yang tertentu seperti dan dan oleh itu. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 13 |
Pages: | 243-258 |
Call Number: | Siri P81 .J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77759+Source01+Source010.PDF | 376.49 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.