Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577387
Title: Perintah khidmat Masyarakat sebagai hukuman alternatif di Mahkamah syariah Malaysia
Authors: Arifah Rahimah Ismail (UKM)
Mohd. Al Adib Samuri (UKM)
Keywords: Khidmat masyarakat
Hukuman alternatif
Mahkamah Syariah
Issue Date: Dec-2014
Description: Hukuman kesalahan jenayah syariah di Malaysia pada hari ini masih tertakluk pada tiga tahun penjara, RM5000 denda dan enam kali sebatan. Peruntukan maksimum hukuman tersebut sering kali dipersoalkan kerana dilihat gagal memberikan impak positif sama ada kepada pesalah mahupun kepada masyarakat. Dalam menghadapi situasi ini, hukuman alternatif mungkin dapat dilaksanakan oleh pihak mahkamah syariah agar objektif hukuman tercapai. Oleh yang demikian, terdapat cadangan yang mahu melihat perintah khidmat masyarakat sebagai salah satu bentuk hukuman alternatif di mahkamah syariah. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan melihat sejauh mana perintah khidmat masyarakat dapat dilaksanakan dalam kerangka perundangan syariah dengan melihat prospek yang ada bagi tujuan pelaksanaan hukuman ini. Setelah menilai keperluan pelaksanaan perinta ini, kajian ini mendapati bahawa hukuman perintah khidmat masyarakat mempunyai prospek yang cerah untuk dilaksanakan di mahkamah syariah melalui ruang peruntukan yang sedia ada. Perintah khidmat masyarakat berpotensi dilaksanakan sebagai hukuman alternatif terbaik di mahkamah syariah Malaysia.
News Source: Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia
ISSN: 0128-2670
Volume: 26
Pages: 192-219
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577387
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73769+Source01+Source010.PDF434.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.