Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577385
Title: Perilaku morfologi awalan ber- dalam Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden: satu kajian perbandingan
Authors: Zaharani Ahmad (UKM)
Shakira Khairudin (UKM)
Nor Hashimah Jalaluddin (UKM)
Keywords: Morfologi
Fungsi
Taburan
Pengekalan
Inovasi
Issue Date: Dec-2012
Description: Kajian ini menghuraikan perilaku morfologi awalan beR- dalam korpus bahasa Melayu klasik yang merangkumi aspek fungsi, taburan dan makna yang didukung oleh imbuhan tersebut dalam konteks penggabungannya dengan kata dasar. Perilaku morfologi ini dibandingkan dengan perilaku awalan beR- dalam korpus bahasa Melayu moden. Perbandingan ini bertujuan melihat gejala pengekalan dan inovasi yang berlaku dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu. Data bahasa Melayu klasik diperoleh daripada korpus klasik yang berjumlah 2 440 258 kata yang dijana daripada pangkalan data bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menggunakan perisian program Telnet. Data bahasa Melayu moden dipetik daripada korpus UKM-DBP yang berjumlah lima juta kata dengan menggunakan perisian WordSmith Tools 5.0. Kata terbitan yang dijana dalam bentuk konkordans kemudiannya diklasifikasikan berdasarkan perilaku morfologinya. Data kajian dianalisis menurut kerangka teori morfologi generatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian daripada fungsi, taburan dan makna awalan beR- mengalami proses pengekalan, dan sebahagian yang lain mengalami proses inovasi,seperti peluasan, pengecilan, pengambilalihan dan penghilangan.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 12
Pages: 181-203
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77750+Source01+Source010.PDF378.24 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.