Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577384
Title: | Analisis komponen tekstual dalam teks Melayu Klasik abad ke-17 |
Authors: | Mohammad Fadzeli Jaafar (UKM) |
Keywords: | Komponen tekstual Komponen struktural Komponen pautan Sruktur tematik Tema–rema Struktur maklumat Kata wacana |
Issue Date: | Dec-2012 |
Description: | Makalah ini bertujuan menganalisis komponen tekstual yang dipersembahkan dalam teks Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin (UMSMM), karya Abdul Rauf Singkil. Teks ini merupakan versi asal dalam bahasa Melayu yang telah ditransliterasi daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi. Analisis tertumpu pada komponen struktural dan komponen pautan. Tumpuan dalam komponen struktural pada struktur tematik (tema dan rema) dan struktur maklumat (latar–baharu). Tumpuan dalam komponen pautan pula pada kehadiran kata penghubung dan kata wacana yang tertentu, seperti “maka”, “bahawa” dan “bermula”, dan fungsinya dalam teks UMSMM. Daripada kajian ini didapati bahawa pengarang cenderung menggunakan ayat kompleks dengan pengaruh tatabahasa Arab, yang ditandai dengan unsur penghubung “dan” yang banyak dalam sesuatu ayat. Dari aspek pautan pula, teks kajian ini memperlihatkan kata wacana yang tertentu, seperti “maka” yang mempunyai beberapa makna yang berbeza mengikut konteks ayat. Dari segi susunan maklumat, teks UMSMM cenderung menonjolkan gaya maklumat latar–baharu. Kajian ini memperlihatkan perbezaan gaya penyampaian teks klasik pada abad ke-17 berbanding dengan gaya bahasa teks moden pada abad ke-21. Implikasi kajian ini memperlihatkan keistimewaan teks UMSMM dari segi pengaruh karya ini dalam masyarakat Islam di Kepulauan Melayu. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 12 |
Pages: | 163-180 |
Call Number: | Siri P81.J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77749+Source01+Source010.PDF | 289.79 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.