Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577297
Title: Masalah pembelajaran : tanda dan simptom kecacatan komunikasi lisan murid pendidikan khas
Authors: Abdullah bin Yusoff (IPG Kampus Kota Bharu)
Che Rabiaah Mohamed (USM)
Keywords: Pendidikan khas
Kecacatan komunikasi
Tinjauan keratan rentas
Masalah pembelajaran
Komunikasi lisan
Issue Date: 14-Dec-2014
Description: Kajian tinjauan keratan rentas ini bertujuan mengenal pasti prevalen murid yang mengalami kecacatan komunikasi lisan dalam kalangan murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran. Kajian ini juga mengenal pasti simptom umum dan simptom spesifik kecacatan komunikasi lisan yang dihadapi oleh murid berkenaan. Teknik pensampelan secara penyesuaian. Sampel terdiri daripada 1125 murid pendidikan khas dalam program integrasi di 56 buah sekolah di Kelantan. Senarai semak kecacatan pertuturan atau bahasa oleh Hannel berskala 4 Likert digunakan bagi mengutip data yang dilakukan melalui semakan dokumen profil murid, pemerhatian terhadap tingkah laku dan temu bual dengan ibu bapa. Kajian mendapati enam peratus (n=67) daripada murid yang dikaji mengalami kecacatan komunikasi lisan. Daripada perbandingan min, didapati simptom umum “lambat dalam belajar untuk bercakap” merupakan simptom yang “sangat berkaitan” dengan kecacatan komunikasi. Kajian mencadangkan guru yang mengajar murid ini menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif bagi memaksimumkan kefahaman mereka.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 14
Pages: 301-324
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76831+Source01+Source010.PDF437.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.