Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/576853
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohd Kipli Abdul Rahman (UPSI)
dc.date.accessioned2023-11-06T02:08:20Z-
dc.date.available2023-11-06T02:08:20Z-
dc.date.issued2016
dc.identifier.issn1675-6460
dc.identifier.otherukmvital:116661
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/576853-
dc.descriptionMakalah ini meneliti kepelbagaian dimensi ruang kosmos atau alam semesta dalam persembahan tarian dabus dari sudut fizikal dan metafizik. Kajian dilakukan menggunakan kaedah kualitatif melalui aplikasi strategi etnografi yang tertumpu pada hubungan antara tingkah laku dengan budaya. Secara kosmologinya, tarian dabus dilihat sebagai suatu kosmos yang kewujudannya terbentuk oleh tindakan pemain dan segala unsur teater yang membentuk persembahan. Dimensi ruang kosmos persembahan ditafsir secara fizikal dan metafizik melalui perlakuan dan kepercayaan pemain terhadap fenomena amalan penyucian dan penyembuhan. Berdasarkan kepercayaan pemain, sajian perlu disediakan dan ritual diadakan sebagai tanda hormat dan meminta izin daripada makhluk spiritual bagi membantu proses penyembuhan. Oleh sebab itu, penyembuhan dikategorikan sebagai faith healing, iaitu merujuk amalan ritual yang berhubung dengan kepercayaan agama. Penyembuhan berlaku ekoran kepercayaan terhadap kuasa spiritual yang campur tangan (intervention) dalam proses penyembuhan. Pengalaman “bawah sedar” yang dialami oleh penari sewaktu persembahan menjadi tanda psikologi dan tingkah laku pemain telah diambil alih oleh kuasa makhluk halus. Oleh itu, fokus utama makalah ini berkaitan dengan hubungan ruang kosmos dengan konsep penyucian dan penyembuhan yang menyebabkan terjadinya persembahan tarian dabus. Kata kunci: tarian dabus, fizikal, kosmos, metafizik, bawah sedar, penyembuhan berdasarkan kepercayaan agama
dc.language.isomay
dc.publisherUniversiti Pendidikan Sultan Idris
dc.relation.haspartJurnal Antarabangsa Dunia Melayu
dc.relation.urihttp://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/?p=676
dc.subjectDabus Dance
dc.subjectPhysical
dc.subjectCosmos
dc.subjectMetaphysics
dc.subjectSubconscious
dc.subjectFaith Healing
dc.titleDimensi ruang kosmos tarian dabus: amalan penyucian dan penyembuhan
dc.typeJournal Article
dc.format.volume9
dc.format.pages32-44
dc.format.issue1
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116661+Source01+Source010.PDF447.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.