Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/576836
Title: | Politik dan sosioekonomi negeri-negeri selat pada kurun ke-19 dari perspektif Vietnam |
Authors: | Ku Boon Dar (USM) |
Keywords: | Vietnam Kepulauan Melayu Ly Van Phuc Negeri-Negeri Selat |
Issue Date: | 2016 |
Description: | Semasa pemerintahan Minh Mang (1820-1841) di Vietnam, pegawai istana dihantar ke kepulauan Melayu sebagai utusan untuk mengeratkan jalinan diplomatik dan merisik maklumat negara yang dikunjungi. Negeri-negeri di kepulauan Melayu yang dilawati termasuk Ma-la-kha [Malacca], Giang-luu-la [Batavia, Jakarta], Tan-gia-ba [Singapore], Tan-lang-du [Penang], dan La-tong [Luzon]. Antara pegawai yang penting dalam menjayakan misi diplomatik tersebut, termasuklah Ly Van Phuc. Oleh itu, makalah ini mengkaji catatan hasil daripada lawatan dan pemerhatian beliau terhadap aspek politik dan sosioekonomi di kepulauan Melayu, khususnya Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Kajian ini signifikan dalam mewarnai kembali satu gambaran bernilai tentang rantau kepulauan Melayu yang dilihat dari perspektif Vietnam. |
News Source: | Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 9 |
Pages: | 57-74 |
Publisher: | Universiti Sains Malaysia |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115816+Source01+Source010.PDF | 465.29 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.