Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/576835
Title: | Abstraksi objek konkrit dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif |
Authors: | Asad Mohamed (UKM) Nor Hashimah Jalaluddin (UKM) |
Keywords: | peribahasa Melayu abstraksi kognitif Melayu akal budi Melayu semantik inkuisitif |
Description: | Peribahasa Melayu merupakan satu daripada bukti tingginya akal budi orang Melayu. Ungkapan berkias yang ringkas ini biasanya mempunyai makna yang tepat, padat serta bersifat kompleks. Dalam peribahasa, ujarannya tidak akan dapat difahami dengan hanya mengambil makna selapis atau makna harfiah. Hal ini berlaku kerana,banyak peribahasa mempunyai makna konkrit dan abstrak yang boleh dipetakan melalui domain sumber dan sasaran. Makalah ini bermatlamat untuk menjelaskan proses yang berlaku dalam minda serta menghuraikan akal budi dan falsafah di sebalik pemilihan objek peribahasa. Sebanyak 31 peribahasa yang menggunakan leksikal garam diperoleh melalui janaan daripada laman web (http://www. malaycivilization.com.my/peribahasa). Kajian ini berteraskan kerangka analisis semantik inkuisitif yang dikemukakan oleh Nor Hashimah (2014). Kombinasi data korpus, teori, kognitif, falsafah dan budaya terbukti mampu mencungkil akal budi orang Melayu. Analisis mendapati terdapat beberapa fitur yang menjadi mekanisme kepada berlakunya abstraksi makna objek konkrit. Garam diabstraksi melalui fitur makna [+murah] yang berhubung dengan makna “hina”. Garam juga diabstraksi sebagai “manusia hina” oleh orang Melayu kerana sifat “mudah lebur” objek garam. Kajian ini bukan sahaja menghuraikan abstraksi yang berlaku dalam peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9085 |
Volume: | 18 |
Pages: | 197-218 |
Call Number: | Siri P81.J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115741+Source01+Source010.PDF | 284.96 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.