Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/566193
Title: Mekanisme tabarru' dalam takaful : analisis terhadap manfaat takaful dalam takaful : analisis terhadap manfaat takaful
Authors: Muhammad Tajuddin Abdul Rahim (P57764 )
Keywords: Mekanisme tabarru'
Issue Date: 2014
Description: Takaful merupakan altenatif kepada umat Islam terhadap pengharaman insurans konvensional. Konsep tabarruc adalah teras dalam pengoperasian takaful. Namun sejak kebelakangan ini, konsep tabarruc mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak berdasarkan kepada aspek pelaksanaannya yang dilihat bertentangan dengan prinsip syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip syarak yang digunapakai dalam produk takaful terutamanya pada konsep tabarruc, menganalisis kesesuaian konsep tabarruc dengan hukum syarak dan mengenal pasti mekanisme yang lebih baik seterusnya menganalisis status kedudukan wang manfaat takaful agar bersesuaian dengankeadaan semasa. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Manakala, proses penganalisisan data dijalankan menerusi pendekatan deskriptif dan pendekatan deduktif, penilaian sumber hukum yang berkaitan tabarruc serta konsep yang sesuai untuk digunapakai bagi menggantikan konsep yang telah sedia ada. Penentuan kesesuaian konsep tabarruc dilihat dari segi kedudukan status wang manfaat takaful sama ada selari dengan objektif asal atau sebaliknya. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat percanggahan yang berlaku pada kontrak tabarrucdalam takaful terhadap hukum syarak. Namun begitu, percanggahan yang berlaku boleh diatasi dengan menggunakan altenatif baru yang berkonsepkan wakaf. Selain itu, kekaburan status wang manfaat takaful dapat diperjelaskan dengan meneliti kembali objektif penubuhan takaful agar ia berjalan selari tanpa adanya percanggahan. Justeru, mekanisme baru dengan mengadaptasi konsep wakaf sebagai ganti kepada konsep tabarruc yang sedia ada dalam takaful adalah perlu dilaksanakan kerana ia lebih menepati syariahserta memberikan maslahah kepada semua pihak. Implikasi polisi kajian ini adalah penambahbaikan kepada konsep tabarruc yang telah dipertikaikan akan kepatuhan syariahnya kepada konsep wakaf supaya ia lebih mematuhi syariah dan dapat menjadi perangsang kepada perkembangan takaful di dalam ekonomi semasa.,Master/Sarjana
Pages: 134
Call Number: BP158.I462 M848 2014 tesis
Publisher: Fakulti Pengajian Islam,Supervisor:Mat Noor Mat Zain, Dr.
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75428+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.