Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563472
Title: | Pembangunan dan kebolehgunaan modul urban farming stem untuk literasi stem dalam kalangan murid sekolah menengah |
Authors: | Noor Rosida Arifin (P102280) |
Supervisor: | Siti Nur Diyana Mahmud, Dr. |
Keywords: | Science -- Study and teaching Technology -- Study and teaching Engineering -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Jun-2023 |
Abstract: | Bidang STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik telah diintegrasikan antara satu sama lain bagi memenuhi Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan modal insan yang mandiri. Sejajar dengan ini, pengintegrasian STEM yang komprehensif melalui masalah dunia nyata dengan menitikberatkan penguasaan konsep STEM untuk mewujudkan masyarakat di masa hadapan yang literasi STEM amat diperlukan. Menyelesaikan masalah autentik dengan cara yang tepat, kreatif dan holistik memerlukan murid untuk berfikir secara sistem dan juga pemikiran reka bentuk dengan mengintegrasikan konsep dan amalan dari disiplin-disiplin STEM. Namun begitu, penyelidikan mengenai pelaksanaan pembelajaran integrasi STEM untuk mengembangkan literasi STEM murid masih terhad. Strategi untuk mempersiapkan murid dengan kemahiran menyelesaikan masalah bagi mewujudkan literasi STEM melalui pengintegrasian STEM perlu dilakukan. Oleh itu, kajian secara pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) dijalankan untuk membangunkan Modul Urban Farming STEM dengan menggunakan model ADDIE, model Prinsip Pengajaran Pertama Merrill beserta beberapa teori pembelajaran yang relevan untuk mereka bentuk modul dengan menggunakan pendekatan Problem Oriented Project Based Learning (POPBL), yang disimilasikan dengan pemikiran reka bentuk sistemik. Penilaian modul dilakukan oleh tiga orang pakar dalam bidang STEM dan pembinaan modul dengan menggunakan borang soal selidik penilaian modul manakala soal selidik penilaian kebolehgunaan modul dijawab oleh 30 orang pelajar tingkatan empat aliran STEM yang dipilih secara rawak di salah sebuah sekolah di Daerah Melaka Tengah. Fasa penilaian modul ini diukur melalui tiga konstruk iaitu (i) keberkesanan modul untuk literasi STEM, (ii) kecekapan modul untuk mengintegrasikan STEM dan (iii) kepuasan pengguna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul ini menepati kriteria penilaian modul dari segi sasaran populasi dan pelaksanaan modul. Keputusan juga menunjukkan bahawa modul ini mempunyai kesahan kandungan yang baik iaitu 83.3%. Min dan peratusan persetujuan bagi keberkesanan modul (min=4.39, pp=98%), kecekapan modul (min=4.51, pp=99%) dan kepuasan (min=4.33, pp=97%) berada pada tahap yang tinggi. Analisis Ujian-t sampel berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan skor min literasi STEM yang signifikan, t(30) =-37.31, p < .001. Dengan terbinanya modul ini, ia dapat membantu amalan pengajaran guru dalam mempelbagaikan bahan pembelajaran secara tidak formal untuk mengintegrasikan STEM yang mana modul ini telah terbukti kecekapannya untuk mengintegrasikan STEM. Tambahan lagi, murid berupaya untuk mengaplikasikan konsep dari sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik untuk menyelesaikan masalah, justeru literasi STEM dapat ditingkatkan dengan memberikan pengalaman pembelajaran autentik dan seterusnya dapat diaplikasikan semasa pembelajaran secara formal. Modul ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi penyelidikan inovasi pengintegrasian STEM dalam persekitaran pembelajaran secara tidak formal agar melahirkan murid yang mempunyai literasi STEM dan berupaya berinovasi, seterusnya dapat menangani masalah dunia nyata yang kompleks. |
Pages: | 257 |
Call Number: | Q181.N636 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan dan kebolehgunaan modul urban farming stem untuk literasi stem dalam kalangan murid sekolah menengah Restricted Access | Full-text | 6.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.