Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563328
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaharom Ridzwan, Mohd Rosli Saludin, Dato Paduka. Dr. Dr. | - |
dc.contributor.advisor | Supyan Hussin, Dato Paduka. Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Hamidi Abdul Rahman | - |
dc.date.accessioned | 2023-11-01T07:51:29Z | - |
dc.date.available | 2023-11-01T07:51:29Z | - |
dc.date.issued | 2023-10-15 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563328 | - |
dc.description | Perpustakaan Alam Dan Tamadun Melayu | en_US |
dc.description.abstract | Rawatan posesi jin adalah satu kaedah rawatan di bawah Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendokongi PTK dan mempunyai stategi untuk memperkasakannya. Posesi jin sering dipertikaikan sebagai kes-kes kecelaruan mental kerana pertindihan simptom walaupun kecelaruan posesi jin terkandung di dalam International Classification of Diseases Revision 11 (ICD-11). Posesi jin boleh didiagnos melalui reaksi negatif dari ruqyah, dan ia juga boleh didiagnos melalui simptom sebagaimana diagnosis kecelaruan mental dilakukan. Masalah yang ketara ialah tidak ada kesepakatan berkenaan simptom-simptom posesi jin dalam kalangan perawat. Sebanyak 34 simptom-simptom telah dianalisis, 29 darinya dikemukakan oleh tokoh posesi jin antarabangsa iaitu Haron Din dari Alam Melayu dan Wahid Abdussalam Bali dari Timur Tengah. Pendekatan kajian kuantitatif telah digunakan untuk analisis simpton. Seramai 1088 subjek telah dipilih menggunakan persampelan rawak. Kesemua mereka telah diruqyah dan seramai 530 orang telah dikenalpasti positif posesi. Simptom mereka dianalisis menggunakan Analisis Komponen Utama (AKU) untuk mengurangkan pemboleh ubah. AKU mengenalpasti 23 simptom yang signifikan. Tahap kesignifikanan simptom yang berbeza dijadikan asas untuk pengiraan skor skala, dan analisis Receiver Operating Characteristic digunakan untuk menentukan skor pemisah positif posesi. Kajian telah menghasilkan skala di mana skor melebihi 1.9 adalah positif posesi, skor di bawah 1.2 adalah negatif posesi dan skor dari 1.2 ke 1.9 adalah kes kesamaran. Skala telah divalidasi untuk kesahan dan kebolehpercayaan dengan menggunakan 188 subjek yang berlainan. Tahap diagnosis skala juga didapati lebih tepat berbanding ruqyah. Penggunaan skala di dalam kajian-kajian mendapati kes-kes posesi jin yang amat tinggi dikalangan pesakit kemurungan, kecelaruan bipolar, skizofrenia dan psikosis. Kajian ini telah menghasilkan beberapa dapatan yang penting. Posesi jin dan kecelaruan mempunyai pertindihan simptom dan sebahagian dari kes-kes kecelaruan mental melibatkan posesi jin. Kajian juga mencadangkan teori multi-minda yang lebih sesuai dan universal berbanding teori satu-minda psikologi Barat. Ia juga boleh menerangkan kaitan posesi jin dengan kecelaruan mental. Kajian juga telah menghasilkan Psikoterapi Eksistensial Islam sebagai psikoterapi baharu yang lebih berkesan untuk posesi jin berbanding psikoterapi barat. Teori dan rawatan posesi jin yang menggunakan epistemologi dan ontologi Islam telah dibuktikan mempunyai asas ilmu yang kukuh. Skala yang dibangunkan merupakan instrumen yang inovatif, efisien dan penting untuk diagnosis posesi jin. Beberapa kajian susulan menggunakan skala telah dicadangkan. Diagnosis posesi jin menggunakan skala mempunyai potensi yang tinggi untuk dimasukkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) diagnosis penyakit dan kecelaruan dalam perubatan arus perdana. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | en_US |
dc.subject | Konsep Ilmu Barat dan Islam | en_US |
dc.subject | Posesi Jin | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pembangunan skala posesi Jin berdasarkan simpton dari pengalaman Haron Din dan Wahid Abdussalam Bali | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 391 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.