Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563322
Title: Penggunaan aktiviti bahasa (an-Nashat al-Lughawi) buku teks bahasa Arab tingkatan tiga dalam kalangan guru
Authors: Mastura Yaacob (P109362)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
Keywords: Arabic language -- Study and teaching
Arabic language -- Study and teaching -- Malay speakers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jul-2023
Abstract: Aktiviti bahasa (an-NashÉt al-LughawÊ) dalam kajian ini adalah merujuk kepada aktiviti bahasa yang terdapat di dalam Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Buku teks ini digunakan di sekolah menengah harian Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan juga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dengan Kurikulum Tahfiz Modul Ulul Al-bab (TMUA). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis aktiviti bahasa yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga, mengenal pasti tahap penggunaan aktiviti bahasa buku teks Bahasa Arab tingkatan tiga dalam kalangan guru, mengenal pasti pandangan guru terhadap Aktiviti Bahasa Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga dalam membantu penguasaan kemahiran berbahasa murid dan mengenal pasti aspek utama kemahiran berbahasa yang diperkukuhkan melalui pelaksanaan Aktiviti Bahasa Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga. Populasi kajian ini ialah 60 orang Guru Bahasa Arab Tingkatan Tiga di Negeri Sembilan dan seramai 54 orang sampel kajian. Kajian kuantitatif ini menerusi kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Selain itu, kajian ini juga menggunakan senarai semak untuk menjalankan analisis kandungan bagi Aktiviti Bahasa Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga sebagai instrumen tambahan. Analisis data deskriptif kajian ini menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan aktiviti bahasa buku teks Bahasa Arab berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa hampir kesemua aktiviti bahasa membantu murid menguasai kemahiran berbahasa berdasarkan pandangan guru. Implikasi kajian ini ialah merangka cadangan untuk penambahbaikan Aktiviti Bahasa Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga dengan memberi pendedahan dan latihan kepada guru berkaitan penggunaan Aktiviti Bahasa Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga serta penambahan aktiviti yang menjurus kepada keempat-empat aspek kemahiran berbahasa.
Pages: 192
Call Number: PJ6065.M3379 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penggunaan aktiviti bahasa (an-Nashat al-Lughawi) buku teks bahasa Arab tingkatan tiga dalam kalangan guru
  Restricted Access
Full-text4.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.