Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563321
Title: Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bidang sirah dan tamadun Islam
Authors: Khamisah Isa (P107725)
Supervisor: Khadijah Abdul Razak, Dr.
Keywords: Islam -- Study and teaching
Islamic civilization
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jul-2023
Abstract: Penguasaan guru dalam aspek pengetahuan teknologi pedagogi kandungan amat penting supaya selari dengan corak pengajaran yang berlandaskan pedagogi abad ke-21. Namun begitu, masih terdapat dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) kini kurang menguasai komponen pengetahuan teknologi pedagogi kandungan serta kreativiti pengajaran dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tahap kreativiti pengajaran GPI dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam, mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tahap kreativiti pengajaran GPI dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar serta mengenal pasti hubungan antara pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dengan kreativiti pengajaran GPI dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan sampel seramai 162 orang guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Muda Yan, Kedah. Analisis data menggunakan perisian SPSS 25.0 yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi (Ujian-T Tidak Bersandar, MANOVA dan Korelasi Pearson). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha bagi setiap konstruk menunjukkan tahap kebolehpercayaan adalah 0.9. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kedua-dua pemboleh ubah adalah tinggi iaitu tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) (min=3.75), tahap kreativiti pengajaran (min=3.92). Analisis ujian-t Tidak Bersandar dan ujian MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tahap kreativiti pengajaran GPI dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Manakala hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dengan kekuatan yang tinggi antara pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dengan tahap kreativiti pengajaran GPI dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam. Implikasi kajian dapat memberikan panduan kepada guru untuk lebih fokus untuk menguasai komponen pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) supaya dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan.
Pages: 188
Call Number: BP42.K4833 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bidang sirah dan tamadun Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text1.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.