Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563318
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAhmad Farees Mat Suburi (P104004)-
dc.date.accessioned2023-11-01T06:43:57Z-
dc.date.available2023-11-01T06:43:57Z-
dc.date.issued2023-07-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563318-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar dan tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan di daerah Seremban. Amalan pembelajaran sepanjang hayat penting bagi merealisasikan visi serta misi pendidikan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu berdaya saing. Antara faktor yang telah mempengaruhi tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat adalah amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar. Oleh itu, kajian ini juga meneliti hubungan di antara amalan kepimpinan lestari guru besar dengan amalan pembelajaran sepanjang hayat guru-guru sekolah kebangsaan daerah Seremban. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang guru daripada sebelas buah sekolah yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik berskala likert menjadi instrumen utama kajian ini. Bagi merumuskan tahap amalan kepimpinan lestari dan pembelajaran sepanjang hayat, ujian deskiptif telah digunakan manakala ujian Korelasi Pearson telah digunakan bagi mengkaji hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan lestari guru besar di daerah Seremban berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.05 (SD=0.166). Amalan pembelajaran sepanjang hayat juga berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.06 (SD=0.431). Kajian ini juga telah membuktikan bahawa terdapat hubungan korelasi signifikan yang positif antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Kajian ini telah membuktikan bahawa amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar mempunyai hubungan dengan tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru. Amalan budaya pembelajaran sepanjang hayat akan seterusnya memberikan kesan positif terhadap kemenjadian murid di sekolah. Oleh itu, gaya kepimpinan guru besar sekolah amat penting dalam menentukan hala tuju sekolah. Justeru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan gaya kepimpinan lestari diamalkan oleh setiap guru besar yang mampu mendorong tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectLeadershipen_US
dc.subjectContinuing educationen_US
dc.subjectSchool principalsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKepimpinan lestari guru besar dan amalan pembelajaran sepanjang hayat guru di sekolah daerah Serembanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages110en_US
dc.identifier.callnoHD57.7.A376 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007118en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepimpinan lestari guru besar dan amalan pembelajaran sepanjang hayat guru di sekolah daerah Seremban.pdf
  Restricted Access
Full-text1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.