Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563315
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Fadli Othman (P107729)-
dc.date.accessioned2023-11-01T06:39:41Z-
dc.date.available2023-11-01T06:39:41Z-
dc.date.issued2023-05-31-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563315-
dc.description.abstractElemen Pendidikan Seksualiti ialah satu elemen merentas kurikulum yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Elemen ini penting untuk mencapai objektif kurikulum dan membentuk modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam. Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan maklumat elemen ini dapat disampaikan dengan berkesan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pengajaran elemen Pendidikan Seksualiti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Tahap kesediaan ini berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kajian ini juga mengkaji perbezaan tahap kesediaan berdasarkan jantina. Selain itu, kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan sikap. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada pengkaji lepas. Seramai 132 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah daerah Alor Gajah, Melaka terlibat dalam kajian ini. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru berada pada tahap tinggi. Ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina. Selain itu, Ujian korelasi Pearson juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran dengan sikap dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pengajaran elemen Pendidikan Seksualiti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Implikasi kajian menunjukkan kejayaan pelaksanaan elemen Pendidikan Seksualiti bergantung kepada kesediaan guru. Justeru, kesediaan guru perlu dipertingkatkan seterusnya dijadikan panduan terutamanya kepada guru Pendidikan Islam, pihak sekolah, penggubal dasar, institusi pendidikan guru dan universiti serta kepada teori yang mendasarinya dan amalan pedagogi terutamanya pedagogi Pendidikan Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectIslam -- Study and teachingen_US
dc.subjectSexual abstinence -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pengajaran elemen pendidikan seksualiti dalam pelajaran Pendidikan Islamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages185en_US
dc.identifier.callnoBP42.M634 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007116en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.