Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563131
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorHazrina Carton (P107214)-
dc.date.accessioned2023-11-01T04:10:52Z-
dc.date.available2023-11-01T04:10:52Z-
dc.date.issued2023-06-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563131-
dc.description.abstractPengurusan bakat merupakan salah satu strategi penting yang perlu ada dalam kualiti kepimpinan seorang guru besar. Tambahan, guru besar adalah merupakan antara pemegang kunci utama perlaksanaan semua dasar pendidikan di peringkat sekolah. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti amalan pengurusan bakat guru besar dan hubungannya dengan pembangunan bakat kepimpinan guru di Putrajaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ini adalah seramai 360 orang guru sekolah rendah di Putrajaya yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Dalam kajian ini, soal selidik yang digunakan adalah satu set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik dan satu kajian rintis dijalankan. Data yang dikumpul dalam kajian ini dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian pengaturcaraan Statistical Package For The Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pengurusan bakat guru besar mengikut persepsi guru (min = 4.12, SP = 0.472) dan amalan pembangunan bakat kepimpinan guru (min = 4.12, SP = 0.483) di Putrajaya adalah berada pada tahap tinggi secara keseluruhannya. Amalan pengurusan bakat guru besar mengikut persepsi guru (r = 0.937, p < 0.01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan pembangunan bakat kepimpinan guru di Putrajaya. Amalan pengurusan bakat guru besar meramal secara signifikan terhadap amalan pembangunan bakat kepimpinan guru di Putrajaya dengan R2 = 0.937. Implikasi kajian ini adalah terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memberi dapatan yang empirikal untuk merancang, mengubah dan menambah baik polisi dan amalan kepimpinan sedia ada di peringkat bahagian bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru besar dan pengetua serta guru-guru di sekolah. Kesimpulannya, pengurusan bakat guru besar dan pembangunan bakat kepimpinan merupakan dua konsep utama yang sangat kritikal dan perlu diberi perhatian serius dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan pengurusan di sekolah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSchool principalsen_US
dc.subjectLeadershipen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan pengurusan bakat guru besar dan hubungannya dengan pembangunan bakat kepimpinan guru di Putrajayaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages139en_US
dc.identifier.callnoLB2831.9.H339 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007115en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pengurusan bakat guru besar dan hubungannya dengan pembangunan bakat kepimpinan guru di Putrajaya
  Restricted Access
Full-text2.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.