Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563098
Title: Perspektif guru prasekolah terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik covid-19
Authors: Siti Syahirah Abd Manap (P93555)
Supervisor: Kamariah Abu Bakar, Dr.
Keywords: Preschool teachers
Early childhood teachers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jun-2023
Abstract: Wabak COVID-19 telah mengubah dan mempengaruhi corak pengajaran guru prasekolah serta aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan inovatif. Kajian ini bertujuan meneroka amalan pengajaran guru prasekolah semasa negara dilanda Pandemik COVID-19 dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh mereka. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes tunggal telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan empat orang guru prasekolah yang mengajar di prasekolah dalam tempoh pandemik COVID-19. Instrumen kajian yang digunakan adalah temubual semi struktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua kaedah sesi PdP utama yang dijalankan di peringkat prasekolah iaitu secara pembelajaran dalam talian dan pembelajaran secara bersemuka. Manakala, strategi pengajaran kini lebih berpusatkan kepada bahan dan murid dan tidak lagi hanya menfokuskan kepada guru semata-mata. Aplikasi dalam talian seperti Whatsapp dan Google Meet dilihat sebagai dua pilihan alat komunikasi guru dalam meneruskan sesi pembelajaran norma baharu. Hasil kajian juga mendapati enam faktor cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam pelaksanaan PdP iaitu kompetensi guru, kemudahan infrastruktur kemudahan peranti teknologi yang terhad, kemahiran dan kepakaran guru yang rendah dalam penggunaan peranti teknologi, komitmen ibu bapa, komitmen murid, komitmen ibu bapa dan murid, persekitaran yang tidak kondusif dan kesediaan yang terhad. Menerusi proses kajian yang telah dijalankan, output yang diperoleh melalui kajian ini adalah membolehkan guru mengaplikasikan pelbagai alternarif sumber pengajaran walaupun berada pada jarak jauh atau dalam keadaan darurat seperti wabak pandemik COVID-19. Kesimpulannya, kajian ini dapat menjadi panduan kepada para penyelidik akan datang untuk membuat kajian yang terperinci terhadap pelaksanaan alat bantu mengajar berunsurkan teknologi digital dalam membantu proses pembelajaran norma baharu bagi kanak-kanak.
Pages: 136
Call Number: LB1776.S5683 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perspektif guru prasekolah terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik covid-19
  Restricted Access
Partial675.56 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.