Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520514
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSohif Mat, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Afzanizam Mohd Rosli (P64499)-
dc.date.accessioned2023-10-18T07:59:22Z-
dc.date.available2023-10-18T07:59:22Z-
dc.date.issued2016-09-05-
dc.identifier.otherukmvital:97636-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520514-
dc.descriptionSebuah pengumpul polimer komersil yang terdapat dipasaran digunakan bagi pembinaan pengumpul fotovoltan terma (PVT) polimer. Pengumpul PVT polimer tersebut diuji pada keadaan lapangan bagi menentukan prestasi. Fotovoltan jenis monohablur digunakan pada permukaan atas pengumpul polimer. Lapisan penebat berketebalan 10 mm dipasang pada permukaan bawah pengumpul PVT bagi mengelakkan kehilangan haba. Ujikaji lapangan dijalankan mengikut piawaian ASHRAE 93-2010. Dua jenis ujikaji kecekapan dijalankan bagi pengumpul polimer dan fotovoltan terma polimer. Ujian pertama adalah pada keadaan mantap bagi mendapatkan kecekapan terma dalam bentuk persamaan garis lurus manakala ujikaji kedua adalah pada keadaan fana bagi menentukan kecekapan terma, elektrik, keseluruhan dan suhu air keluaran. Ujikaji pada keadaan fana dijalankan dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada kadar alir jisim malar menggunakan tangki simpanan berkapasiti 455 liter. Data direkodkan setiap 30 saat menggunakan sistem perolehan data. Model matematik dibangunkan bagi setiap pengumpul dan simulasi dijalankan bagi menentukan kecekapan terma dan suhu air keluaran. Model matematik telah dibangunkan menggunakan kaedah kesimbangan tenaga bagi meramal kecekapan setiap pengumpul pada keadaan mantap. Kecekapan maksima bagi pengumpul polimer dan pengumpul PVT polimer ialah 0.862 dan 0.402. Kecekapan terma pada keadaan fana bagi pengumpul polimer ialah 35.01% hingga 61.40%. Manakala kecekapan terma, elektrik dan keseluruhan pengumpul PVT polimer pada keadaan fana ialah 21.40-42.52%, 14.18-15.10% dan 34.40-56.70%. Berdasarkan keputusan pada suhu air tangki, pengumpul polimer mampu menghasilkan air panas dalam julat 45.5 °C hingga 49 °C manakala pengumpul PVT polimer menghasilkan air panas dalam julat 39 °C C hingga 45 °C pada kadar alir jisim yang malar pada julat antara 0.04 kg/s hingga 0.12 kg/s. Ralat keputusan ujikaji dan model matematik bagi pengumpul polimer dan pengumpul PVT polimer masing – masing ialah 8.8 % dan 6.1 %. Keputusan simulasi menunjukkan suhu air keluaran dan kecekapan terma bagi satu unit pengumpul polimer bersamaan dua unit pengumpul PVT polimer pada keadaan persekitaran dan opearasi yang sama. Kesimpulannya, pengumpul polimer dan pengumpul PVT polimer telah berjaya dibangunkan dan kedua-dua pengumpul sesuai bagi aplikasi terma yang rendah seperti pemanasan air domestik dan pemanasan kolam di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) / Solar Energy Research Institute-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPolimer-
dc.subjectFotovoltan terma-
dc.subjectPhotovoltaic power systems-
dc.titlePembangunan dan kajian prestasi lapangan pengumpul polimer dan fotovoltan terma (PVT) polimer di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages219-
dc.identifier.callnoTK1087.M844 2016 3 tesis-
dc.identifier.barcode002969(2017)-
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97636+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
174.87 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.