Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520491
Title: | Pembangunan dan analisa prestasi pengering terbantu suria untuk mika serisit |
Authors: | Arina Mohd Noh (P84125) |
Supervisor: | Sohif Mat, Prof. Dr. |
Keywords: | Drying Solar energy Sericite mica Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Apr-2019 |
Description: | Di dalam industri pengeringan, proses pengoptimuman kecekapan tenaga telah menjadi sangat penting. Sebuah sistem pengering terbantu suria untuk mika serisit telah dibangunkan yang terdiri daripada tiub pengumpul suria vakum, penukar haba, penghembus dan ruang pengering. Pengumpul suria berfungsi menyerap haba dari suria untuk memanaskan air. Seterusnya penukar haba berfungsi memindahkan haba dari air ke udara dan penghembus menyalurkan udara panas ini ke dalam ruang pengering. Objektif utama kajian ini ialah membangunkan pengering terbantu suria untuk mika serisit, menilai sistem pengering yang dibangunkan dan seterusnya menambahbaik keseragaman kadar pengeringan di dalam ruang pengering melalui kaedah simulasi computational fluid dynamics (CFD). Ujikaji awal berskala kecil menunjukkan sistem yang dibangunkan dengan kaedah pengudaraan berterusan meningkatkan kadar pengeringan sebanyak 27.3% manakala dengan kaedah pengudaraan bersela peningkatan kadar pengering adalah sebanyak 50%. Kaedah simulasi CFD menggunakan perisian ANSYS Fluent telah digunakan untuk meningkatkan keseragaman kadar pengeringan di dalam ruang pengering bagi pengeringan berskala besar. Keputusan dari simulasi CFD menunjukkan kaedah penyusunan palet secara zigzag dapat meningkatkan keseragaman aliran udara sehingga 64.5% berbanding kaedah penyusunan palet secara lurus. Manakala untuk taburan suhu mika serisit, didapati kaedah penyusunan secara zigzag menghasilkan suhu mika serisit 3.4% lebih tinggi daripada kaedah penyusunan palet secara lurus. Untuk kaedah pengudaraan secara bersela, simulasi beberapa sela berbeza menunjukkan sela pengudaraan dengan sela A (60-85oC) dan sela B (70-95oC) masing-masing dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 68.6 dan 81.9% berbanding kaedah pengudaraan berterusan. Keputusan simulasi CFD menunjukkan suhu mika serisit diantara semua palet lebih seragam untuk kaedah pengudaraan berterusan berbanding kaedah pengudaraan bersela. Kaedah pengudaraan dengan sela A didapati dapat meningkatkan suhu mika serisit dengan purata 2.3% berbanding kaedah pengudaraan berterusan. Untuk julat sela berbeza, keputusan simulasi CFD untuk julat sela yang lebih besar menghasilkan suhu mika serisit yang lebih seragam. Simulasi CFD untuk mengkaji kesan jumlah lapisan mika serisit di atas palet menunjukkan suhu mika serisit yang terhasil berkadar songsang dengan ketebalan mika serisit. Manakala kapasiti pengeringan pula berkadar terus dengan jumlah lapisan mika serisit dimana kuantiti mika serisit bagi setiap kelompok pengeringan meningkat apabila lebih banyak lapisan mika serisit diletakkan di atas palet. Keputusan daripada kaedah matriks Pugh menunjukkan 3 lapisan mika serisit menghasilkan jumlah markah yang tertinggi berbanding kuantiti lapisan yang lain. Ujikaji lapangan berskala penuh dengan kapasiti 7200 kg mika serisit basah menunjukkan kandungan kelembapan bagi semua mika serisit mencapai kurang daripada 5% (kadar basah) dalam masa 28 hari. Analisa kadar pengekstrakan kelembapan (MER) dan kadar pengekstrakan kelembapan spesifik (SMER) untuk pengering yang dibangunkan adalah 93.9 kg/hari dan 0.25 kg/kWh. Purata kecekapan keseluruhan pengeringan adalah 26.1%. Analisa ekonomi kaedah pengeringan baru dengan pengudaraan berterusan dan pengudaraan bersela menunjukkan tempoh bayaran balik adalah masing-masing 3.52 dan 4.84 tahun. Manakala analisa nilai kini bersih (NPV) untuk 30 tahun menunjukkan nilai positif untuk kedua-dua kaedah pengudaraan.,Ph.D. |
Pages: | 210 |
Call Number: | TP363.A735 2019 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120936+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 6.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.