Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520449
Title: | Perencat kakisan hijau gam Arab untuk plat aluminium dwikutub dalam aplikasi sel fuel membran penukaran proton (PEMFC) |
Authors: | I Gusti Ayu Arwati (P86084) |
Supervisor: | Edy Herianto. M., Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Gam Arab Plat aluminium Sel fuel Sel fuel membran pertukaran proton |
Issue Date: | 5-Apr-2020 |
Description: | Plat logam dwikutub dengan sifat kekonduksian elektrik yang tinggi adalah salah satu komponen utama dalam sel fuel membran penukaran proton (PEMFC). Namun demikian, pengunaan plat logam dwikutub terbatas kerana mudah terkakis oleh sistem PEMFC yang berasid (pH 2-pH 4) mengakibatkan prestasi keseluruhan sistem sel fuel menurun. Kajian tesis ini mengetengahkan penggunaan bahan perencat hijau, iaitu Gam Arab sebagai bahan salutan alternatif untuk mengurangkan isu kakisan pada permukaan plat logam dwikutub. Pengoptimuman parameter untuk proses pemendapan elektroforesis (EPD) dilakukan melalui kaedah Taguchi (L9) komposisi gam Arab (0.5 gL-1 hingga 1.5 gL-1) dan masa salutan proses EPD (15, 30 dan 45 minit) untuk menentukan nilai ketumpatan arus kakisan (Icorr) dan kadar kakisan (CR). Pencirian fizikal dan kimia untuk plat logam dwikutub dilakukan menggunakan imbasan mikroskopi elektron-spektroskopi tenaga serakan (SEM-EDX), pembelauan sinar-X (XRD) dan spektroskopi fotoelektron sinar-X(XPS) dan uji rintangan antar muka logam (ICR). Pengoptimuman melalui kaedah Taguchi menunjukkan kepekatan 1.0 gL-1 Gam Arab dan 15 minit masa salutan EPD merupakan nilai yang optimum untuk ujikaji lanjutan. Hasil keputusan menunjukkan nilai Icorr untuk logam AA5052 disalut Gam Arab adalah 0.00134 Acm-2, iaitu kira-kira 10,000× rendah berbanding logam tanpa salutan. Nilai CR untuk logam AA5052 disalut Gam Arab adalah 59×10-5 Mpy, iaitu 13 kali ganda lebih tinggi berbanding logam AA5052 tanpa salutan. Selain itu, nilai rintangan polarisasi bagi AA5052 disalut Gam Arab merekodkan nilai sebanyak 685 cm2. Keputusan ujian rintangan antara muka logam AA5052 disalut gam Arab pada suhu 30 oC hingga 90 oC adalah dalam julat 10-13 m cm2, bersesuaian dengan sasaran dengan merujuk kepada Jabatan Tenaga berkenaan. Profil prestasi untuk pengujian sel stak tunggal menggunakan plat dwikutub AA5052 disalut Gam Arab memberikan nilai ketumpatan kuasa setinggi 175 mVcm-2 pada ketumpatan arus 350 mA/cm2. Hasil pengiraan teori ketumpatan fungsional (DFT) pada tenaga penjerapan (Eads) monomer Gam Arab mendapati monomer yang paling aktif adalah -D-galaktosa-asid -D-glukoronik dengan nilai Eads sebanyak 2.1586131 eV. Keputusan tesis ini jelas menunjukkan bahawa salutan Gam Arab melalui EPD mampu meningkatkan ketahanan kakisan dan jangka hayat plat dwikutub dalam PEMFC.,Ph.D. |
Pages: | 149 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123816+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 557.38 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.