Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520435
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Kartom Kamarudin, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorYou Po Ying (P85802)-
dc.date.accessioned2023-10-18T04:29:57Z-
dc.date.available2023-10-18T04:29:57Z-
dc.date.issued2019-10-01-
dc.identifier.otherukmvital:120813-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520435-
dc.descriptionSel fuel metanol langsung merupakan teknologi yang dapat menghasilkan tenaga elektrik tanpa mencemarkan alam sekitar. Penambahan silika sintetik ke dalam matriks polimer membran telah diaplikasikan secara meluas dalam sel fuel metanol langsung yang mana silika telah dibuktikan dapat meningkatkan sifat-sifat membran seperti pengambilan air, kekonduksian proton dan kebolehtelapan metanol. Walau bagaimanapun, proses sintesis silika biasanya melibatkan prosedur yang rumit dan kos pengeluaran yang tinggi. Oleh itu, alternatif sumber silika harus digunakan untuk menggantikan proses sintesis yang kompleks dan kos yang tinggi. Abu sekam padi (RHA) dipilih sebagai sumber silika alternatif yang berpotensi tinggi kerana RHA kaya dengan silika, murah, mesra alam dan mudah dihasilkan. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk membangunkan membran komposit yang menggunakan RHA sebagai pengisi untuk membran penukaran proton poliimida sulfonat (SPI) untuk sel fuel metanol langsung (DMFC). Dalam kajian ini, sekam padi telah menjalani proses pengoksidaan untuk menghasilkan RHA. Kemudian, RHA dimasukkan ke dalam campuran polimer SPI dan membran komposit SPI/RHA dihasilkan melalui kaedah penuangan larutan. Membran komposit telah menjalani beberapa ujian pencirian dari segi fizikal dan fiziko-kimia. Selain itu, parameter sintesis membran komposit dioptimumkan menggunakan reka bentuk komposit pusat (CCD) dalam kaedah gerak balas permukaan (RSM). Prestasi sel fuel dan daya ketahanan bagi gabungan yang terbaik bagi parameter sintesis membran komposit yang telah dioptimumkan telah disahkan melalui ujian sel tunggal DMFC. Dalam kajian ini, membran komposit SPI/RHA menunjukkan prestasi pengambilan air, kekonduksian proton dan kebolehtelapan metanol yang lebih baik berbanding membran SPI tulen. Berdasarkan proses pengoptimuman, membran komposit yang menggunakan 11.5 wt. % RHA sulfonat (sRHA) di bawah suhu sepuh lindap 175 oC telah memberi prestasi fizikokimia membran yang tertinggi. Bagi ujian sel tunggal DMFC pasif, membran ini menunjukkan ketumpatan kuasa 16.4 mW cm-2 , yang mana lebih tinggi berbanding membran SPI tulen (8.0 mW cm-2 ) dan Nafion 117 (13.0 mW cm-2 ). Oleh itu, RHA dibuktikan bahawa bukan sahaja meningkatkan membran dari segi fiziko-kimia, tetapi RHA juga menunjukkan peningkatan prestasi sel tunggal DMFC. Impak hasil kajian ini adalah dapat meningkatkan potensi DMFC bagi mempercepatkan proses pengkomersialan DMFC, di samping mengurangkan masalah sisa pepejal pertanian di Malaysia.,Ph.D,-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Sel Fuel / Fuel Cell Institute-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDirect methanol fuel cells-
dc.subjectMembranes (Technology)-
dc.subjectRice hulls as fuel-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan membran komposit polimida sulfonat / sekam padi untuk aplikasi sel fuel metanol langsung-
dc.typeTheses-
dc.format.pages135-
dc.identifier.callnoTK2933.D57Y638 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005380(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120813+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.