Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520414
Title: Penjenamaan bangsa: lagu-lagu patriotik popular dan pembentukan jenama Malaysia
Authors: Shazlin Amir Hamzah (P59597)
Supervisor: Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr.
Keywords: Penjenamaan bangsa
Lagu patriotik
Pengiklanan
Pemasaran politik
Semenanjung Malaysia
National songs -- Malaysia
Issue Date: 2-Sep-2016
Description: Penjenamaan bangsa adalah sebuah konsep yang masih baru namun luas liputannya. Istilah ciptaan tahun 1996 ini hanya melihat reputasi negara sebagai berfungsi selari dengan imej jenama produk jualan. Kedua-duanya sama penting dalam menentukan kemajuan serta kemakmuran sesebuah negara. Bidang ini semakin dianggap penting oleh para sarjana dan pengamal industri namun konsepnya masih dilihat kabur dari segi perincian. Dengan menggunakan Semenanjung Malaysia sebagai kajian kes, penyelidikan ini bertujuan membincangkan serta menganalisis isu-isu yang diabaikan dalam bidang pengiklanan dan juga pemasaran politik. Dari segi epistemologi, konsep-konsep seperti negara, bangsa dan negara-bangsa tidak boleh disama-ertikan bagi sebuah negara pasca-kolonial. Ini kerana dari segi ontologinya, pengalaman mencapai kemerdekaan bagi Malaysia adalah berlainan dengan apa yang dilalui negara-negara Barat. Definisi konsepsual 'negara' adalah entiti yang mempunyai sistem perundangan, kawasan fizikal dan kewarganegaraan manakala 'bangsa' pula ditakrifkan sebagai komuniti bayangan yang disemat dengan idea bangsa-idaman yang berbagai. Ini menjadikan 'bangsa' itu suatu agenda yang masih diusahakan bagi Malaysia. Kajian ini melihat kepada persoalan penggunaan istilah 'penjenamaan bangsa' bagi negara ini. Dengan mengambil kira kepentingan sejarah tanah air ini yang melalui pelbagai era kerajaan, kajian ini melihat kepada pembentukan jenama negara ini dengan meneliti lagu-lagu patriotik popular tempatan di atas susur masa sejarah antara tahun-tahun 1956 hingga 1969. Analisis kandungan dibuat ke atas dua belas teks lagu-lagu dengan bantuan maklumat dari temubual informan-informan utama. Penemuan kajian membincangkan kepentingan penjenamaan 'bangsa-idaman' bersifat 'takrifan autoriti' yang disebarkan melalui pengulangan lagu-lagu patriotik popular ini. Simbol-simbol utama dan naratif sejarah kolektif yang dimasukkan ke dalam lagu-lagu ini didapati penting bagi mempertahankan kelangsungan dan ketahanan sifat etnik masyarakat tempatan yang berkongsi sejarah yang sama. Kelangsungan bangsa negara ini sebenarnya masih memerlukan kepada jaringan-jaringan bangsa-idaman yang tersulam dengan memori tradisional yang bersifat kolektif. Penjenamaan merupakan proses yang diulang secara konsisten oleh pihak yang memerintah untuk mengekalkan bayangan bangsa-idaman ini melalui lagu-lagu patriotik popular.,1. Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" 2. Tesis ini disertakan 1 CD Audio "12 Lagu-lagu patriotik (data empirikal kajian)"
Pages: 245
Call Number: ML3758.M42S533 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82174+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
462.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.