Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520413
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr.-
dc.contributor.authorSolahuddin Ismail (P34638)-
dc.date.accessioned2023-10-18T03:53:48Z-
dc.date.available2023-10-18T03:53:48Z-
dc.date.issued2015-07-16-
dc.identifier.otherukmvital:80633-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520413-
dc.descriptionPembangunan dan perubahan pendidikan Islam di Malaysia membuktikan bahawa agama Islam boleh berubah mengikut perkembangan semasa. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh sistem pendidikan ini ternyata memberi kesan baik kepada pembangunan pendidikan Islam khususnya dan pendidikan sekular amnya di Malaysia. Ramai sarjana yang berminat dan telah banyak menulis tentang sistem pendidikan Islam ini. Namun usaha mereka lebih banyak tertumpu kepada perbahasan dalaman sub-bidang kajian pendidikan Islam tanpa melihat konteks perkembangannya secara menyeluruh. Ini menjadikan sistem pendidikan Islam di Malaysia kelihatan seperti terpisah-pisah pelaksanaannya. Fenomena tersebut telah mencetuskan kekeliruan dalam memahami selok belok perjalanan sistem pendidikan Islam dan bentuk-bentuk perubahan yang berlaku terhadapnya. Dengan mengambil Kedah sebagai kajian kes, tesis ini bertujuan untuk menghuraikan persoalan di atas dengan melihat secara keseluruhan proses yang berlaku dalam perkembangan pendidikan Islam di negeri tersebut dalam era sebelum, semasa dan selepas kolonial. Ia juga bertujuan untuk meneliti pembaharuan yang berlaku dalam proses perkembangan tersebut. Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kualitatif-deskriptif. Tiga kaedah telah digunakan bagi mendapatkan bahan empirikal kajian: pertama, melalui temu bual yang dilakukan untuk mendapatkan sumber utama kajian; kedua, dokumen-dokumen berkaitan dengan setiap sekolah pondok dan sekolah agama moden juga digunakan; dan ketiga, tulisan lain yang telah diterbitkan dan belum diterbitkan. Penemuan kajian ini adalah seperti berikut; pertama, pola pendidikan Islam pra-kolonial khususnya sekolah pondok tetap wujud dari segi sistem dan struktur sehingga sekarang; kedua, sebahagian daripada sekolah pondok telah berubah sesuai dengan pengenalan pendidikan sekular/moden zaman kolonial apabila subjek-subjek sekular telah diajar di sekolah agama; dan ketiga, sistem pendidikan sekular sudah menerima sistem pendidikan Islam sebagai sebahagian daripadanya. Akhirnya pula, pertembungan dan penyesuaian telah berlaku di antara sistem pendidikan Islam dan sistem pendidikan sekular yang saling membawa perubahan di antara satu sama lain. Ini membuktikan bahawa agama Islam itu sendiri senantiasa mampu dan bersedia untuk berubah agar bersesuaian dengan tuntutan semasa.,The fact that there has been development and change in Islamic education in Malaysia the proof that Islam is able to adapt according to contemporary developments. The new changes made within the Islamic education has had a positive impact on both the secular education system as well as the Islamic one in Malaysia. Much has been written by scholars on the latter. However, their main attention has been focus on internal development within Islamic education as a sub-field of study in education without examining it in a bigger picture. It therefore gives the impression that Islamic education system in Malaysia is highly fragmented. This tendency has created confusion in the effort thus far to understand the internal workings of Islamic education system and the changes that it has undergone thus far. By taking Kedah as a case study the aim of this thesis is to explain the above-mentioned problematic and its processes within a larger and broader context of Islamic education in the pre-colonial, colonial and post-colonial eras. It is also the aim of this study to examine the new changes that have taken place in the development of the system. This study is qualitative-narrative in nature. Three data-collection techniques have been employed in this study: first, interviews as a major source of data source; second, unpublished records and documents on each of the pondok and modern religious schools studies; and thirdly, published and unpublished documents available in the public sphere. The findings of this study are as follows: first, the pondok school of the pre-colonial period still exists in form and structure; second, part of the pondok school has been modernized with the introduction of 'secular subjects' as part of its syllabus; and third, the secular school system has integrated into it an Islamic education component. Finally, the meeting and adaptation that happened between the secular and Islamic education system has been mutual hence bringing about changes to both systems. This proves the fact that Islam as a religion is able and ready to make changes according to the demand of time.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kajian Etnik (KITA) / Institute of Ethnic Studies-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPendidikan Islam -- Kedah-
dc.subjectIslamic education-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan dan perubahan Pendidikan Islam di Malaysia: satu kajian kes di Kedah, 1800M-2012M-
dc.typeTheses-
dc.format.pages324-
dc.identifier.callnoLC910.M4S678 2015 tesis-
dc.identifier.barcode001351-
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80633+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.