Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520412
Title: Peranakan sebagai fenomena sosial dengan tumpuan kepada komuniti Cina Peranakan di Kelantan
Authors: Pue Giok Hun
Supervisor: Prof. Ulung datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Keywords: Peranakan
Cina
Kelantan
Sosial
Peranakan (Asian people) -- Malaysia -- Kelantan -- Social life and customs
Issue Date: 12-Jun-2012
Description: Kajian ini adalah berkenaan soal mengurus kebedaan sosial dalam masyarakat mengikut garis etnik khususnya dalam hubungan antara kumpulan etnik majoriti dengan minoriti. Proses asimilasi yang dimangkinkan oleh amalgamasi telah membawa kepada fenomena kemunculan kumpulan etnik minoriti lagi marginal yang dirujuk dengan pelbagai konsep sosial, termasuklah Peranakan. Kajian ini mengkaji sejauh mana Peranakan boleh dianggap sebagai satu fenomena sosial. Fenomena Peranakan boleh diaplikasikan secara mendatar (merentasi etnik dan lokaliti) dan menegak (merentasi lapisan sosial) dalam sebuah kumpulan etnik, dan melalui konsep Peranakan yang digunakan sebagai label fenomena. Aspek mendatar dikaji dengan membandingkan lima buah komuniti Peranakan di Semenanjung Malaysia (Peranakan Jawi, Chetti Melaka, Baba-Nyonya Melaka, Punjabi Peranakan dan Kristang) dengan tiga buah kornuniti di luar Nusantara yang dilihat berpotensi untuk diidentifikasi sebagai Peranakan tIrish-American dan Asian-American di Amerika bagi latar masyarakat white in white dan non-white in white, dan Zainichi Korean di Jepun bagi non-white in non-white). Aspek menegak pula dikaji dengan membandingkan kePeranakanan generasi lama dengan generasi muda melalui kaedah kajian lapangan dalam sebuah komuniti Cina Peranakan Kelantan di Daerah Wakaf Bharu di Jajahan Tumpat. Potensi Peranakan sebagai konsep sosial dikaji dengan membandingkan dengan konsep-konsep so sial lain, iaitu Mulato, Mestizo dan Zainichi. Hasilnya, Peranakan didapati wujud sebagai satu fenomena sosial yang merentas kumpulan etnik dan lokaliti dalam dan luar Nusantara, dan merentas generasi dalam sebuah kumpulan etnik. Peranakan juga didapati berpotensi besar sebagai konsep sosial berbanding konsep-konsep lain yang digunakan di luar Nusantara. Kajian ini membawa beberapa implikasi. Di peringkat mikro, kajian ini memberi kesedaran tentang kewujudan komuniti Cina Peranakan di tempat lain selain komuniti Baba Nyonya di Melaka yang lebih dikenali umum. Ia turut menyerlahkan sifat heterogenus kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Di peringkat makro pula, kajian ini dilihat penting sebagai langkah pertama ke arah pemartabatan Peranakan sebagai konsep sosial di peringkat antarabangsa.,Doktor Falsafah
Pages: 368
Call Number: DS595.2.C5.P765 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_69154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.