Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519920
Title: Penilaian pyriproxyfen menggunakan strategi penyebaran-auto terhadap vektor denggi untuk program kawalan penyakit bawaan nyamuk di makmal dan lapangan
Authors: Ahmad Mohiddin Mohd Ngesom (P88382)
Supervisor: Hidayatulfathi Othman, Prof. Dr.
Keywords: Dengue
Pesticides
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jul-2021
Description: Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang menunjukkan kesan signifikan terhadap kesihatan manusia. Namun begitu, kawalan vektor yang sedia ada belum mampu mengurangkan jangkitan denggi, menunjukkan kaedah yang digunakan masih tidak mencukupi dan perlu dinilai semula. Penyebaran-auto dengan pyriproxyfen merupakan satu kaedah novel yang memanipulasi nyamuk untuk menyebarkan pyriproxyfen ke bekas pembiakan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan formulasi komersial Mosquito Home Aqua (Gabungan 0.004% pyriproxyfen dengan Bahan Penarik, GPBP) dengan strategi penyebaran-auto berdasarkan ujian makmal, separa lapangan, simulasi lapangan dan kajian di lapangan. Ujian makmal dijalankan menggunakan ujian pemilihan pelbagai tempat bertelur dan bioasai larva WHO. Data menunjukkan Aedes aegypti strain makmal sangat rentan terhadap dos rendah dan memberikan kesan residu sehingga tiga bulan. Pendedahan terhadap GPBP mempengaruhi fekunditi, fertiliti dan saiz sayap nyamuk. Ujian oviposisi menunjukkan kecenderungan nyamuk terhadap air seduhan rumput kering berbanding air dinyahklorin dan GPBP semasa bertelur. Ujian separa lapangan telah dijalankan dalam bilik terubahsuai dari bilik peet grady yang disimulasikan sebagai apartment bertingkat di Kuala Lumpur menggunakan sangkar besar. Ujian menunjukkan kecenderungan nyamuk Ae. aegypti liar bertelur dibekas tersembunyi (69.88%) berbanding bekas terbuka (30.12%). Tiada perbezaan yang signifikan (p > 0.05) diantara bahan penarik komersial dan air seduhan rumput kering menunjukkan kebolehan menarik nyamuk ke dalam stesen. Penggunaan GPBP pada 20 dan 40 ppm menunjukkan kesan residu yang setara sehingga 90 hari berbanding 0.5 dan satu ppm. Simulasi lapangan dijalankan dengan kaedah percubaan kawalan rawak dengan memasang stesen penyebaran-auto di lokasi kajian dan populasi nyamuk seterusnya dipantau. Ujian dengan kepekatan 40 ppm menunjukkan penurunan dalam populasi nyamuk dan kematian larva dari sampel air yang diambil dari lokasi kajian. Dalam konteks ujian lapangan, dua penetapan kawasan taman perumahan (Bandar Baru Bangi) dan separa komersial (Shah Alam) telah ditentukan. Kaedah percubaan kawalan rawak dijalankan dengan memasang stesen penyebaran-auto di lokasi kajian dan populasi nyamuk seterusnya dipantau. Kedua-dua kawasan menunjukkan penurunan dalam populasi nyamuk dan kematian larva dari sampel air yang diambil dari lokasi kajian. Selain itu, aktiviti perpindahan GPBP secara horizontal di makmal, separa lapangan, simulasi lapangan dan kajian di lapangan diakses menggunakan ujian bioasai larva. Keputusan membuktikan kebolehan GPBP dipindahkan ke kawasan pembiakan baru di lokasi kajian. Satu model matematik telah diterbitkan dari persamaan klasik Ross- Macdonald yang menerangkan dinamik penyebaran denggi antara nyamuk dan manusia serta kesan penggunaan GPBP dan strategi penyebaran-auto dalam mengawal penyakit denggi. Simulasi berangka menunjukkan penggunaan GPBP dengan strategi penyebaran-auto berjaya menurunkan populasi nyamuk, insiden kes demam denggi dan seterusnya mampu mengawal kes demam denggi di Shah Alam. Walau bagaimanapun, penggunaan data yang diperolehi dari Shah Alam masih belum mencukupi untuk mengambarkan situasi sebenar keadaan di Malaysia dan kajian lanjut perlu dilakukan bagi mendapatkan data yang lebih tepat dan jitu. Ini merupakan kajian terperinci terhadap kombinasi GPBP dan strategi penyebaran-auto. Data asas yang diperolehi adalah sangat bernilai kerana ia merupakan kajian yang pertama kali seumpamanya di Malaysia dan perlu dipertimbangkan sebagai alternatif dalam program kawalan vektor,Ijazah Doktor Falsafah (Sains Bioperubatan)
Pages: 355
Call Number: WC528.A286p 2021 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127474+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.